Monday 30 January 2012

Setajam Papan dipenuhi Paku

“Ok ma, bye.”
“Nanti ada apa-apa SMS, call mama ye sayang.”

Gajet kecil itu dibawa naik ke dalam biliknya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Paper tadi susah jugak eh. Punya la penat orang pikir apa lah yang soalan ni mintak. Rupa-rupanya, diabetes mellitus. Nasib baik glukos tu manis. Aih.” Keluh Fasha.

Fasha, seorang pelajar tingkatan lima. 
Dia kini sedang menghadapi peperiksaan terpenting dalam hidupnya, juga hidup orang lain. Sudah dua minggu dia berperang. 
Sudah dua minggu jugalah telefon bimbitnya menetap bersama-samanya di asrama. 
Setiap kali dia ingin mengulang kaji, pasti earphonenya tersumbat di telinganya. 
Muzik-muzik kegemarannya mula diputarkan.

Kadang-kala, ketika dia sedang 'bercuti' daripada solat, dia terasa kosong di dalam dadanya. Lalu, dia menekan butang radio yang terdapat di telefonnya. 
Siaran 91.5FM , IKIM.FM. 
Alunan ayat-ayat suci Al-Quran mula kedengaran disusuli pula dengan nasyid-nasyid yang sungguh syahdu.

Fasha tahu akan persekitaran sekolahnya yang sungguh baik, biah solehah kata orang. Oleh itu, kadang-kadang sahaja dia akan mendengar lagu-lagu lagha.

“Alah, bukannya selalu dengar pun. Release tension la sekejap,” monolognya.

Kini, hampir setiap hari dia akan mendengar lagu-lagu lagha.

“Solehah tak solehah aku dah bosan nih. Dengar jap la lagu-lagu kegemaran aku nih. Wah, ada lagu baru lah. Bestnya… la la la~”


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Ana harap antunna dapatlah gunakan telefon antunna dengan sebaik-baiknya. 
Ana sedih dengar ada muslimat contact muslimin la, ada yang pasang lagu lagha kuat-kuat dalam bilik. 
Antunna kata nak keberkatan Allah, jadi kalau antunna buat macam ni, ana tak taulah mana keberkatan tu.”

Timbalan Ketua Umum memberi peringatan ketika sesi tazkirah di dalam musolla.

“Fuh, nasib baik aku tak contact muslimin, tak pasang lagu kuat-kuat,” bisik hati Fasha.

Namun, Fasha langsung tidak mengambil iktibar atas pesanan itu. Menurutnya, perbuatan yang dilakukannya masih tidak melanggar suasana sekolahnya.

“Bolehla aku terus dengar lagu-lagu tu. HEHE. Aku sorang je yang dengar, tak ganggu orang lain.”

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suatu petang di dalam musolla selepas solat asar.

“Dengar jap lah tazkirah. Lama tak dengar tazkirah lepas asar.”

“Ok, ana bukanlah siapa pun nak bagi tazkirah tapi, melihat dengan keadaan kita sekarang ni, ana rasa ana perlu bagi,” Sazzy berkata. Sazzy – teman Fasha.

“Ana tahu ramai yang bawa gajet tu.
 Ana tahu berapa juta lagu ada dalam gajet korang. 
Tapi, ana mintak sangat-sangat kat korang, tolong, tolong jangan dengar lagu-lagu tu. 
Tolong jangan kikis biah yang ada kat sini. Lama-lama nanti, hati korang akan jadi gelap. 
Bila dah gelap, susah nak terangkan balik. 
Ana tahu korang rajin solat hajat, solat taubat, tapi apalah gunanya kalau dengar lagu. 
Buat penat je korang mintak kat Tuhan tapi korang masih buat perkara yang Dia tegah.”


“AH! Sakitnya dada aku. Kenapa ni?” bisik Fasha.

Terasa bagaikan dirinya sedang terbaring atas papan yang dipenuhi dengan paku-paku tajam.

Ya Allah, apa yang aku dah buat selama ni?
Ya Allah, betapa teruknya diri aku ni ! 
Ya Allah, ampunilah dosa aku. 
Aku telah memecahkan biah yang sudah lama dipelihara di sini selama ini oleh orang-orang terdahulu. 

Terima kasih Allah, Engkau telah memberikan hidayah-Mu kepada ku. Alhamdulillah. :)

TAMAT.

**********************************************************************************

Sedikit kata-kata yang membuat penulis tersentap selama tiga hari:



 Mustaid ! Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad.

*Maaf, penulis tidak pandai mengarang cerita. Seringkali penulis menerima kritikan daripada guru BM kerana karangan kurang mantap dan matang*

Glosari:

Ana - Saya
Antunna - kamu semua (P)
Tazkirah - Peringatan berbaur ceramah
Lagha - Lalai

2 comments:

lin~ said...

wah, farwah :)

bukan main kan~

hehe, a good way to remind us :)

terima kasih.

Anonymous said...

like! fasha=farwah..