Tuesday 1 September 2015

Cerpen... Ellina: A Story To Remember.



“Lynn!’ jerit Mak Timah. “Ya Mak Timah, Lynn datang ni” jawab Ellina yang lebih mesra dipanggil Lynn. “Apalah Mak Timah ni, kacau saja” omel Ellina sambil menyimpan semula gambar yang sedang dipegangnya ke dalam kotak kasut miliknya. Bukan dia tidak mampu untuk membeli sebuah kotak yang lebih cantik, tetapi dia berpendapat bahawa orang lain tidak akan membuka kotak tersebut melihatkan keadaanya yang sudah uzur. Di dalam kotak tersebut mengandungi segala surat pemberian kawan-kawannya dan gambar-gambar semasa berada di zaman sekolah menengah dulu. Ellina segera menolak kotak tersebut ke bawah katil dan berlari menuruni tangga banglo dua tingkat itu. 
                                                    ...............................................................

“Lynn, abah hantar Lynn sekolah dekat sini bukan sebab abah tak sayangkan Lynn, tapi sebab abah mahu anak abah ni belajar berdikari, belajar ilmu dunia dan ilmu akhirat sekali. Lynn jangan putus asa, abah tahu anak abah ni kuat. Belajar rajin-rajin dan capai cita-cita Lynn. Dah, jangan menangis kan dah comot make up tu.” Di samping memberi nasihat kepada anak kesayangannya itu, Encik Ismail sempat lagi berseloroh. Hati Ellina sedikit tenang mendengar nasihat abahnya. Umminya juga tidak ketinggalan memberikan motivasi dan peransang kepada anak tunggalnya itu. Walaupun terpaksa berjauhan dengan puteri kesayangannya, Puan Suria tetap akur dengan kehendak suaminya yang mahu anaknya itu belajar di sekolah lamanya dulu.

Setelah seminggu mendaftar di sekolah barunya, Ellina mulai serasi dengan kehidupan di asrama. Dia sudah boleh bergelak ketawa di samping teman-teman barunya yang datang daripada pelbagai negeri. Lynn juga dilantik memegang jawatan di sekolah dan asrama. Kredibilitinya sebagai seorang pengawas di sekolah lamanya terserlah.

“Kak De, tolong aku kiwi kasut ni sekejap, aku nak teman Ezza pergi tandas. Kalau boleh kiwikan semua kasut atas rak ni. Sayang Kak De!” terus berlari Ellina apabila Kak De mahu membaling kiwi yang dipegang ke arahnya. Mana tak geram dibuatnya, bagi betis nak peha pula. Tetapi itulah semangat bantu-membantu apabila tinggal di asrama, saling bekerjasama memantapkan ukhwah.

“Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Ellina Ismail, Allah selamatkan kamu...” tepukan gemuruh diberikan usai doa dilagukan. Tersentuh hati Ellina mendengarnya. Dia sama sekali tidak menyangka sambutan hari lahirnya akan begitu meriah walaupun jauh daripada gapaian ibu bapanya.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tanpa disedari sudah lebih setahun Ellina belajar di sekolah tersebut. Pada tahun ini, dia akan menduduki peperiksaan terpentingnya dalam sejarah persekolahannya. Dia bakal menduduki SPM. Walaupun begitu, dia bijak membahagikan masa agar segalanya seimbang. Di samping mengulangkaji pelajaran, Ellina tidak lupa untuk melakukan solat hajat agar dipermudahkan segala urusannya. Dia juga tidak lupa untuk mendoakan untuk ibu bapanya dan kawan-kawannya.

“Lynn, tolong ajar aku fizik, susahlah...” “Lynn, soalan Addmath ni macam mana nak selesaikan?” begitulah hidup Ellina sewaktu tinggal beberapa bulan lagi sebelum menghadapi SPM. Dia dijadikan rujukan kawan-kawannya lantaran kebijaksanaannya. Ellina tidak pernah lokek membantu kawan-kawannya malah berbesar hati apabila dapat membantu temannya. Dia juga berjaya membantu seorang kawannya mendapat A di dalam fizik semasa peperiksaan percubaan.

Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu oleh seluruh pelajar tiba jua. Hari di mana peperiksaan SPM akan berlansung. Sepanjang minggu peperiksaan berlansung, Ellina tidak jemu untuk terus membantu sahabatnya. Diterangkan mana yang tidak difahami, di ajarkan mana yang tidak boleh dilakukan. Dia juga mengambil keputusan untuk menyambut Hari Raya Haji di sekolah bersama rakan-rakannya memandangkan ianya adalah tahun terakhir bersama mereka. Ketika pertengahan minggu peperiksaan, Ellina juga ringan tulang membantu teman-temannya menguruskan jamuan kelas. Dia juga turut meluangkan masa untuk membeli-belah bersama kawan-kawannya. Dia tidak mensia-siakan peluang yang ada untuk mencipta memori manis bersama sahabat-sahabatnya.

Setelah tiga bulan berpisah, mereka bertemu semula di sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM. Bermacam ragam kelihatan, maklumlah sudah lama tidak bertemu. Masing-masing riuh berborak menceritakan kahidupan yang di lalui mereka setelah bergelar “SPM leavers” . Ada yang bekerja, tidak kurang juga ada yang sudah bertunang. Ellina segera mencari kawan-kawannya untuk mengetahui perkembangan mereka. Setelah berbual panjang, mereka sepakat mengadakan reunion pada 14 Mac 2019 bersamaan tarikh lahir Yasmin di dewan sekolah tersebut.

“Lynn!” suara Mak Timah yang kuat mematikan kenangan yang berputar di mindanya, seolah-olah baru semalam mereka berjumpa. “Ya Mak Timah, Lynn datang ni” jawan Ellina. “Daripada tadi cakap datang ni, datang ni, tapi sampai sekarang tak turun lagi” Ellina yang kebetulan mendengar bebelan Mak Timah segera mendakap tubuh Mak Timah yang dianggap sepertu ibunya itu. Terkejut Mak Timah apabila dipeluk secara tiba-tiba daripada belakang. Tidak jadi dia mahu meneruskan bebelannya apabila terpandang wajah anak majikannya itu. Sungguh dia menyayangi Ellina seperti anaknya sendiri memandangkan dia hidup sebatang kara apabila suami serta anaknya meninggal dunia akibat Leukimia. “Mak Timah, ada apa panggil Lynn turun? Nak ajak pergi pasar ke? Atau ada Mat Bangla cuba nak mengurat Mak Timah yang cantik ni?” itulah Ellina, perangainya yang suka mengusik orang lain tidak pernah luntur seiring umurnya yang meningkat. Tetapi, perangainya itulah yang menjadikan banglo mewah itu meriah. “ Ish Lynn ni, Mak Timah dah tualah sayang. Ni abah kamu telefon, suruh kamu bersiap.” “Nak pergi mana Mak Timah?” Ellina terus memintas percakapan Mak Timah. “Lynn, cubalah bagi Mak Timah habis cakap dulu, ni tak, menyampuk saja. Abah Lynn kata petang ni ada orang nak datang merisik kamu nak.” Terus terlopong mulut Ellina mendengarnya. Sungguh, berita itu amat mengejutkan dirinya. Tanpa menunggu penjelasan lanjut daripada Mak Timah, Ellina bergegas naik ke biliknya dan segera menelefon rakannya, Kak De untuk berkongsi berita mengejutkan itu. Petang itu seperti yang diberitahu abahnya, satu rombongon datang untuk merisik Ellina. Tetapi, majlis taaruf itu bertukar menjadi majlis pertunangan. Sekarang status Ellina bertukar menjadi tunangan orang. Walaupun begitu, Ellina tetap menjaga batas pergaulannya dan berusaha mempersiapkan dirinya untuk menjadi isteri mithali seperti umminya.

Lima bulan berlalu, kini tibalah hari yang dinantikan oleh Ellina dan rakan-rakannya, iaitu reunion mereka buat kali pertama secara besar-besaran. Kebetulan pula pada tarikh tersebut merupakan hari lahir Yasmin dan mereka semua sepakat menghadiahi Yasmin sebuah majlis perkahwinan yang di taja oleh mereka memandangkan Yasmin baru melansungkan pernikahan seminggu yang lalu. Segala tugas daripada menjemput tetamu hinggalah kepada dekorasi dewan dilakukan mereka semua. Terpancar sinar ukhwah yang terbina kerana Allah, ukhwah yang disulami kasih sayang dan sungguh erat diantara Ellina serta sahabat-sahabatnya sebiliknya. Muni bertugas untuk menjemput pasangan pengantin dengan menaiki helikopter, Aimi dan Ezza menyiapkan dekorasi dewan dan pelamin manakala Kak De serta yang lain menguruskan makanan dan jemputan. Ellina pula menjadi pengapit kepada Yasmin. Mereka bertungkus lumus bagi menjayakan hari yang bersejarah buat Yasmin. Setelah majlis selesai, Yasmin pula membuat kejutan dengan menghadiahi rakan-rakan baiknya itu percutian ke Pulau Seychelles.

Sekembalinya mereka daripada percutian, giliran Ellina pula untuk menamatkan zaman bujangnya. Majlisnya sungguh meriah ditemani rakan-rakan karibnya. Dia berdoa agar ukhwah yang terbina terus dipanjangkan sehingga ke syurga kelak. Amin.

Friday 10 July 2015

End of 2nd Year FPSK

Assalamualaikum w.b.t.

Ramadhan kareem! Tak sangka dah setahun berlalu. Rasanya baru je hari tu update pasal tahun 1 FPSK. Sekarang ni, Alhamdulillah dah habis dah tahun 2 dan menunggu nak masuk tahun 3. Entry kali ni, aku nak bercerita tentang kisah aku sepanjang tahun 2. Overall, sungguh aku tak tipu, tahun 2 memang agak sukar.

Bagi pelajar tahun 2, kami wajib mengambil peperiksaan Profesional I (Satu) pada akhir sem 2. Exam ni merangkumi subjek core tahun 1 dan tahun 2. Tiga subjek core iaitu Anatomy, Physiology dan Biochemistry. Boleh kata exam ni macam SPM la. Kalau tak pass exam ni, kena repeat tahun 2 dan kalau pass, boleh proceed ke tahun 3.

Tahun 2 memang sukar bagi aku sebabnya setiap subjek tu makin rumit dan mendalam. Sebagai contoh, untuk anatomy, semasa tahun 1, kami belajar pasal badan manusia manakala pada tahun 2, kami cuma belajar pasal kepala! Bayangkan setahun tu belajar pasal kepala je! I mean, tak lah literally kepala. Ada jugak belajar pasal neck and brain. Selama ni aku wonder, aku akan belajar tak pasal groove2 yang ada     kat otak tu. Rupanya aku belajar weh! Subhanallah, semua groove tu sebenarnya ada fungsi dia sendiri. Aku tak tau nak explain camana tapi aku memang excited la belajar pasal brain tu hehe.  Kalau ada je bahagian brain yang rosak, memang akan bagi impact yang besar pada diri sendiri.
Inilah lekuk (groove) yang dimaksudkan



Walaupun kami mempunyai exam besar pada tahun ini, namun kerja2 aktiviti sosial teramatlah banyak. Tahun 2 lah yang mempunyai tanggungjawab paling besar dalam menguruskan aktiviti2 di kampus. Nak harapkan tahun 1, diorang baru je masuk, tak tahu apa lagi. Tahun 3 pula sibuk sebab diorang pun ada exam besar macam kami tapi diorang lagi besar. Alhamdulillah kami berjaya menempuhi segalanya dengan bantuan Allah.

Waktu study week before exam professional, memang semua orang pulun habis-habisan. 2 minggu je kami ada untuk cover segala subjek dari tahun 1 sehingga tahun 2 (sebenarnya dari awal lagi dah kena study tapi kami memang sangat busy. Kadang2 je sempat revise). Semua pensyarah sentiasa beri sokongan dan semangat kepada kami agar tidak mudah berputus asa. Terima kasih guru-guru ku!
Dan tibalah hari exam. Memang sangatlah berdebar sebab fikir sangat pasal resultnya  padahal exam baru nak mula lol. Sepanjang exam, aku dapat tengok gelagat kawan-kawan aku. Ada yang termenung, terbaring, dan ada jugak yang laju menulis. Macamana aku boleh perhatikan diorang? Sebab aku pun termenung ha!


Ini tengkorak manusia dari pandangan bawah. kami kena hafal segala lubang hitam/laluan (foramen) tu
beserta content nya.



Prof Hany dan ekspresi mukanya pada hari keputusan. seriusnyaa...

Akhirnya sampai jugak kami pada hari yang paling dinantikan. Hari result kami akan diumumkan. Untuk pengetahuan, result yang akan diumumkan ni hanyalah untuk 3 subjek core tu, result subjek lain kena cek online la macam biasa. Dan result professional exam ni kadang-kadang selang dua tiga hari after exam dah dapat. Camni cara pengumuman result tu, dekan akan panggil nama mengikut urutan dalam list name. Mulanya aku tak tau macamana dekan  akan sebut result kami. Sama ada dekan akan panggil semua nama dan sebut “pass” atau “fail” ataupun dekan tak akan sebut nama orang yang failed. Arghhh takutnya! Namun aku harus redha dengan apa jua result aku. And then dekan sebut nama orang first. “Ahmad bin Abu, you pass all.” Kami semua bersorak. Yelah sebab orang first kan, kenalah bagi good impression hehe. Orang pertama sampai la ketujuh, semuanya pass. Aku orang kelapan tapi orang2 sebelum aku takde lagi yang fail. Aku sangatlah nervous! 
Macam-macam ada dalam fikiran aku. “Ish, dekan sebut tak nama aku ni? Atau dekan skip je nama aku?”. Tetiba, “Farwah , you PASS all.” Fuhhh mau tercabut jantung aku bila dengar benda tu. Dan rupanya, dekan tak akan sebut nama orang fail. Haa kalau korang nak tau, orang yang failed tu, tak semestinya kena repeat year. Diorang akan ambil supplementary exam. Kalau lulus exam tu, bolehla proceed ke tahun 3. Alhamdulillah. Aku sangatlah bersyukur walaupun aku bukanlah top students. Aku tak berapa nak kisah sangat nak dapat top student semua tu. Asal aku lepas, aku sangat bersyukur. Aku ada buat quiz online hari tu, dia kata aku ni jenis orang yang     “hate losing more than like winning”. Haa kenalah kot dengan aku tu hikhik. 

Okaylah. Cukupla kot setakat tu kisah aku. Semoga pengalaman ku ini mematangkan lagi aku supaya aku dapat bersedia untuk hadapi tahun klinikal nanti. Wassalam.

Prof Ezz Eldin antara pensyarah bertaraf surgeon, mengajar anatomy.

Dr Normaliza, pensyarah anatomy yang sangat keibuan.
*Naik tahun 3 nanti, kami akan belajar subjek baru pula. Lagi mencabar dan detail. Bila aku belek semula nota-nota aku, aku sudah mula rindu untuk belajar anatomy, biochemistry dan physiology. Semoga Allah berkati ilmu kami selama ini demi menjadi doktor muslim yang cemerlang, amin.





Mustaid! Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ali Muhammad!

My journey~

Tamhidi Perubatan (Part 1) & (Part 2)
Tahun 1 Medic
Tahun 3 Medic