Friday 13 April 2012

simsimi syg.

assalamualaikum. salam penuh hormat, salam penuh takzim, salam satu malaysia *tlg baca style pembaca berita okay? *

tanpa cintamu aku resah ku sedari, rupa-rupanya aq dah buat smpai 5 post, ini yang ke-6.
baiklah, class, take out your english work book hari ni gua mau kasi tau lu olang suma pasal update gua.

aq dh update about me kat fb. itu saja. sekian terima kasih.
HAHA!


so, amacam? cehh, ni baru intro *gila

today, friday 13th, aq nk ckp pasal kawan.

samihah : alahai bosan nye bro, tajuk ni.
kyle XY : aq bukan bro, aq sis. -.-''

***
meh kita sume flashback balik, sape kawan pertama kita? (jgn nak jawab, mak aq! pak aq!)
actually, aq pon xigt kawan pertama-tama aq. tapi yg aq ingat , kawan aq awal-awal dulu nama dy shahiddin. tua setahun dr aq. ha? ape dy? dy sehat ke tak? eh, sehat-sehat. weh, orang yg pakai baju biru sana nun, tak yah nak sembg sgt lahh! ni tazkirah UAC nak bg ni. esh esh. ni geram ni ad org sembg2. grr grr.
(oke, abaikan)


kawan yg baik ialah?

KAWAN YG ADA MASA SUSAH DAN SENANG! -- ha! bagus tu jwpn kamu si baju merah kotak kotak. apa nama kamu? simsimi? oke, nah simsimi, hadiah pin bunga :))

*gila lagi*

okayyy.
tgk ni, masa susah :



masa senang :


.......

ha, tgk tu. cmni la kawan. bukan nya masa susah :

abby : weh tlg aq weh. aq xd duit. sob sob sob
memey : ohh ye? oke, kau amik la duit aq ni dulu.


masa senang :

abby : aq dh ade pakwe baru , yeay! malas ah text kau dah.
memey : sob sob sob. smpai hati kau. tkpe, aq rmpas husband kau ! miahahaha

*sketsa ni gila okay. gila*


jadi sohbat-sohbat, renung renungkan dan selamat beramal :D

p/s : tajuk tu takde kena mengena lgsg ng entry. kbai

Thursday 5 April 2012

Realiti Kehidupan :D

Bismillahirrahmanirrahim :)
      ini cerita saya : PLKN 

First of all, :D nak mintak maaf terutama kat s.u dorm cik Salimi Ismail :)
sbbnye lambat nak update cerita pasal PLKN.
'Ha, dah berkurun lamanya meninggalkan kehidupan itu , baru sekarang nak tuleh' *peace :D
sori, tak de masa lah then tak tau nak cite pasai pa. *alasan takleh trime.haha

Okay lahh, dah tak nak merapu, START

PLKN, dunia ini tak mampuku tafsirkan sepenuhnya. Tetapi, sangat seronok sebenarnya. 
orang yang g dia tau, :)
takde lah teruk sangat. cuma kena pandai pandai sesuaikan diri dgn DUNIA LUAR sahaja.
seram ouh.
series kat sini sangat banyak dugaan dan cabaran 
terutama kepada orang yang membawa title ISLAM yang sebenar :) insyaAllah

Macam macam orang yg dijumpai :
 - ada muka je nampak baik, tapi perangai... masyaAllah 
 - ada muka macam minah rempit *series tak tipu* tapi sbnrnye dia sgt baik dan mengerti soal islam :)

Jadi, betullah kata orang 'don't judge a book by its cover'
pernah sembang sembang ngan sorang laki nie *secara tak sengaja nie, jgn salah faham :D
budak nie okay je, dia cerita pasai latar belakang dia,
rupa rupanye dia seorang PEROKOK TEGAR dan berhenti dr sekolah sebab bergaduh
*tak sangka gila :O 'aku sembang ngan perokok?'

Tetapi, hidayah ALLAH kan luas,
start masuk PLKN dia berazam untuk tidak merokok lagi lepas nie. Dan alhamdulillah kat sana dia antara orang yang selalu datang awal ke surau. kalah budak sekolah agama kat sana.

Nabilah : eh, berapa kau selalu spent untuk beli rokok?
Lelaki A: dalam rm30-40 seminggu.
Nabilah : banyaknya, :0 ehh, kau takyah la merokok lepas nie, membazir je, baik kau guna amik lesen      
Lelaki A: aku tau, aku dah tak nak merokok dah pas nie, aku nak cari kerja lps PLKN nie, bla bla...

Pass cerita pertama ! :)

Okay cerita kat class pulak. 
First time masuk class, kan orang ramai pastu kena lalu dekat dekat ngan laki. takut gilaa :(  culture shock jugak.
ermm, memandangkan saya ni seorang yang penakut dengan lelaki pada mulanya sebab dah terbiasa di KISAS, jadi saya pun jalan setunduk tunduknya sambil memegang tangan rakan saya :D

Kat class pulak, lelaki dan perempuan kena campur satu group.oh no !
'Ya Allah, selamatkanlah aku'

Impression time tu :
- air mata hampir mengalir tetapi ku terpaksa tahan semampu yang boleh.
- tanganku berasa sejuk disebabkan ketakutan menguasai diri.
- mulut ini tak henti henti bermunajat kepada Yang Maha Kuasa meminta perlindungan dan ketetapan hati
- kepala ini tunduk setunduknya hampir mencecah lantai *haha, bohong je.
- kalau boleh memang tak nak pandang laki langsung :D

Rasa macam teruk gilaa, disebabkan tak biasa dia jadi macam tu lahh.
pastu, memang tak cakap ngan laki langsung dengan perempuan je.
kalau nak bagi idea un through perempuan je, then dia explain kat satu kumpulan. :D

Tetapi, pada malam itu, kami (saya dan dua orang pelajar sambest) telah bermusyawarah menceritakan penglaman masing masing first time masuk class, pastu setelah lama berbincang sahabat  saya berkata :

''wehh, kita tak boleh macam ni, kita kena lontarkan setiap idea kita, 
bagi je pendapat yang bernas bernas sikit, banyak un takpe. Barulah orang kata,
orang yang betul betul amalkan ISLAM ni HEBAT !'' 

Dan, bermula dari situ, kami ambil positif pasal teguran tu. Class keesokannya, saya pun mencurahkan segala idea yg terlintas. Budak satu kump. agak terkejut dengan kelainan saya, haha :D

ALHAMDULILLAH, Allah beri kekuatan dan buah fikiran yg baik time tu :)
tapi, lama lama dah okay. dah boleh berkomunikasi dengan lelaki 
tetapi, hal pelajaran dan pekerjaan sahaja.

Pass cerita dua ! :)

*muka lelaki kat sana macam macam, ada yg muka penyangak, muka pecah rumah un ade
series menakutkan*

kem kat sini best ! :D

Wednesday 4 April 2012

Kisah dan Aku

Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah syukur aku panjatkan kepada Ilahi kerana aku telah diberi peluang untuk mengikuti Rehlah MERCU '12.
Tanggal tarikh 10 Mac - 11 Mac, aku telah ke Kuang untuk mengikuti satu kem anjuran PAKSI.
Aku berasa amat gembira kerana dapat berjumpa semula dengan rakan-rakan sekolah lama aku di sana.
Lebih kurang 32 peserta mengikuti kem ini dan yang paling gembira, semuanya adalah Muslimat :)

Program bermula kira-kira jam 3.00 petang, Sewaktu majlis pembukaan, pengerusi majlis menyuruh seorang daripada kami untuk membaca mana-mana satu mukasurat daripada Al-Quran.

Program tersebut bermula dengan mengenalkan kami apa maksud MERCU itu sendiri - MEnuju Redha Cinta-MU. Subhanallah, sudah lama tidak mendengar tazkirah daripada orang yang lebih berilmu.

Petang itu Kak Yati ditugaskan untuk memulakan program. Beliau merupakan seorang guru di SMK Shah Alam. Bertudung labuh litup, manis wajahnya. Beliau mula menyoal kami, "Siapa kat sini yang khatam Al-Quran sekali sebulan?"
Tersentap hatiku. Sudah lama aku tidak mengkhatamkan Al-Quran. Kemudian beliau bertanya lagi, "Siapa kat sini yang setiap kali dia habis je baca satu juzuk, dia jot down isi-isi Al-Quran sebagai kesimpulan?".
Lagi sekali aku tersentap. Tidak pernah aku membuat perkara sebegitu. Terasa begitu hina diriku di hadapan Allah.

Kak Yati berkata lagi, "Macam mana kita nak tarbiyyah diri kita dan thabat dalam beribadah kalau kita tak akrab dengan Al-Quran? Macam mana kita nak hayati isi Al-Quran itu sendiri kalau kita baca kita tak faham apa pun? Itulah diri kita, selama ini angkuh tak nak baca, faham, hayati dan amalkan isi Al-Quran." :'(

__________________________________________________________________________________


Sejurus selepas asar, kami bermain satu permainan yang mana kami dikehendaki mencantumkan semula cebisan-cebisan kertas supaya menjadi gambar asalnya semula. Mujur cebisan kertas aku tiada apa-apa corak. Kosong sahaja. Maka aku boleh 'join' mana-mana kumpulan yang aku mahu. Akhirnya, bantuan aku diperlukan untuk mencantumkan gambar stetoskop. Hehe. Ada juga faedah kertas aku itu. Kumpulan aku mendapat tempat ketiga. Alhamdulillah, tamat sesi permainan, kak fasi membenarkan kami bermandi-manda di kolam renang. Gembiranya ! Kawasan kolam renang ini tertutup. Oleh itu, kami boleh bermain sepuas-puasnya. Sudah agak lama rasanya aku tidak bermandi di kolam renang.

tertutup kan?


Usai solat maghrib berjemaah dan menguruskan diri masing-masing, kami berkumpul di ruang utama untuk membaca Al-Ma'thurat. Subhanallah, sudah lama tidak membaca Al-Ma'thurat bersama sahabat-sahabat tersayang. Malam itu, kami diberi ujian kecenderungan untuk mengetahui kerjaya yang sesuai dengan kami.
Aku lebih cenderung dalam bidang penyelidikan, Okeylah. *Ibuku pernah berkata bahawa aku sesuai dalam bidang teknikal. Hurm...

Azan isyak sudah berkumandang. Kami bergegas menunaikan solat isyak lalu menjamu makan malam. Wahh.. agak mengancam menu makan malam ini - nasi kerabu. Aku dan 4 orang lagi sahabatku beratur mengambil dulang dan mengisi makanan di atasnya. Ternyata perut kami memang sudah berkeroncong lamanya. Usai membaca doa, kami terus bersantap. Alhamdulillah, kami berasa begitu kenyang sekali.


hewhewhew




Keesokan hari.....

Seawal jam 5.00 pagi kami sudah dikejutkan oleh fasilitator supaya bangun menunaikan qiamulllail. Oh sudah lama aku tidak bangun malam. Alhamdulillah hari ini Allah masih beri kesempatan kepada aku untuk menunaikannya. Tenang jiwa. Al-Ma'thurat diteruskan selepas solat subuh, serta disisipkan sedikit tazkirah oleh fasi. 

Sarapan kami amat sedap serta membuatkan perut kami semua kenyang, hehe. Mee goreng dan air teh panas. Tepat jam 10.00 pagi, kami diminta berkumpul di ruang utama untuk slot seterusnya yang diberikan oleh Kak Nani. Walaupun slotnya cuma 30 minit, sungguh banyak isi yang berguna. Tidak banyak perkara yang diulaskan oleh Kak Nani tentang tajuknya kali ini, "Thabat Dalam Tarbiyyah." Video-video klip saja mengisi slot kali ini.


                                                                            *video 1


                                                                                   *video 2

Video ke-2 sangat menyentuh hati kami semua, sehinggakan ada antara kami yang menitiskan air mata mengenangkan dosa kami. Ya Rasulullah, berikanlah kami syafaat mu di akhirat kelak. Aamiin. Andai Rasulullah masih bersama kita, adakah kita akan melakukan maksiat? Meninggalkan larangan Allah dan pesuruhnya? Ampuni kami Ya Allah. 

Tepat jam 10.30 pagi, kami bermain permainan Explorace. Ada 5 cabaran semuanya. Setiap kali sebelum kami memulakan cabaran, kami dikehendaki mengucapkan Bismillah, dan apabila sudah selesai melaksanakan cabaran, Alhamdulillah. Sungguh indah sekali perasaan waktu itu. Selesai melaksanakan cabaran, kami dikehendaki memberikan 'ibrah atas apa yang telah kami lakukan. Rupa-rupanya, setiap perkara yang kita lakukan seharian, mengandungi hikmah tersendiri. Secara kesimpulannya, setiap tugasan mengandungi kesatuan jemaah. Jemaah itu penting apabila hendak melakukan sesuatu kerana terdapat berkat di dalamnya. Moga-moga kita semua tidak lari daripada jemaah yang mencari keredhaan Ilahi. Terdapat sebuah tugasan yang kami semua terpaksa kebasahan kerana tugasan itu hendaklah dilaksanakan di dalam kolam renang. Oh sungguh aku takut kerana aku tidak berani menyelam di dalam kolam. Alhamdulillah, aku dapat melakukannya. 

Pada jam 3.00 petang, selepas kami membersihkan diri, makan tengah hari, dan solat zohor, tibalah masanya untuk kami berpisah. Kami diberikan cenderahati, sebuah penanda buku yang amat comel. Aku berasa sungguh sedih kerana dua hari berada berada di sana dirasakan tidak cukup untuk aku 'membersihkan' diri aku. Namun, aku redha kerana Allah mahu aku tempuhi lagi banyak ujian bagi menguji keimanan aku terhadap-Nya.

Uhibbukunna fillah :)


                                         

Mustaid! Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad!

*maaf atas gaya bahasa yang tidak cantik, tidak matang, hanya ini yang aku mampu coretkan. BM A+ !

Monday 2 April 2012

FB :Iman booster

Assalamualaikum!!oh..ni 2nd entry buat trah..ngeh2..
sb no idea nk 2lis ape..
then,today tlintas nk say sumting
FACEBOOK
mmg ramai org ketagih,esp new user(mcm adik trah..uh)
OK!that's general statement.
Lately,after abis spm,esp after reslut,rase kosong je dunia sy
ye la,mungkin sblum ambik result,so sure rase dpt jmpe kengkawan
tp,lepas 21 mac tu..dpt ke senang2 gathering ramai2 ag?
then..
boring rase..tiap2 ari bgun tido..buat benda same je..nk buat sumting pun
hangat2 tahi ayam je..
title ISTIQAMAH pun rase cam goyah da
ye la,rutin sharian yg biase kita buat~mathurat,al-mulk,solat sunat~
kkadang da ada "lubang2"
lepas result kan,majoriti cbuk applying scholarship
include me..
so,jarang sgt bkk fb
dlm jangka wktu itu..mmg rase...arghh..ntah2 pape da aku ni
kalu bkk fb pun,xsempat nk survey btul2 notification
then, 2nd of April ni..sy bkk fb
btul2 survey fb
wahhhhh...ttba
rase mcm BOOSTER
yes...IMAN BOOSTER
sb?
sahabat2 kt fb yg baik gile post sumting yg menjentik hati
esp..bile layan grup Muslim-art and kisasian
seyes..terjentik hati!!
spendek2 ayat..seungkap kata2 yg very meaningful kt wall fb
mndorong sy,utk ikut jalan yg lurus..ingat blek pd..
~fastaqim kama umirta~
SO
fb sy jd Iman Booster
sjak sy kenal awk semua2nya
tanpa awk,,awk semua
mungkin fb sy jd Iman Reducer
seyesly..
this is UKHUWAH ISLAMIAH
ape?nk ckp..eww..ukhuwah islamiah konon
don't say it if u not feel it
sape yg rase,they know it,how it be!
through fb je..
sy dapat jgak rase BIAH SOLEHAH
alhamdulillah..kpd yg tlah merasai ukhuwah islamiah
dan..truskan usaha mencari pd yg ingin merasai
anda bole cari saya atau kawan2 saya yg comel ni ;P
in sya Allah..kita bole guide,right?
SO,
lepas ni..bukan stkat fb..semua rangkain internet kita buat IMAN BOOSTER
satu tahu sahabat2 sy BOLEH!