Tuesday 26 August 2014

MUS.NET - 1st Gathering

assalamualaikum semua :)

our 1st gathering, yeah glad that we can meet again and have a super blast time.
So, for those yang x dapat join kerana kekangan waktu dan kesihatan
mari kita berkongsi rasa dan emosi bersama.
 Let's begin~

hehe 
the ideas of gathering pop up suddenly 
actually just main-main
then it become serious and we pick the date
confirm which house we're going to stay
what are we going to do
how many of us will join it
and all the 5W+1H questions are used in planning the trip.

Johor was the luckiest state as we choose to go there.
ahaha macam kedatangan kami membawa tuah pulak
di johor, ada 2 ahli musnet, cik athirah dan cik fasihah
terima kasih kepada mereka kerana menguruskan tempat tinggal kami dan kenderaan
serta segala hospitality. 
thanks a lot guys.

back to the story
on 11th August 2014 
geng kl, kelantan, pahang dan melaka tiba di terminal bas batu pahat
then kami mengambil bas yang kena tekan loceng tu ke parit raja
oleh kerana ini merupakan kali pertama menjejakkan kaki ke parit raja
semua was was bila nak tekan loceng tu. haha
then app waze sangat la membantu

sampai di parit raja, makan kfc dulu as welcoming party gitu.

then we are divided into 2 groups
ntok pegi beli barang nak masak
dan berehat di rumah
sebab malam nanti nak makan masakan bersama
how bersepah dapur rumah tirah
dikerjakan bakal-bakal pemegang ijazah kelas pertama ni
then that night, we had tomyam and telur dadar
our first night there ended at almost 2 am
after sesi mengorek rahsia
dan 
merancang trip untuk keesokannya

DAY 2
maaflar ya, maybe panjang sikit
huhu
woke up early and for breakfast, we had nasi goreng
in the afternoon, after got our rent car
kami menuju ke jay bee
Plaza Angsana- bowling
nampaknya first timer main, terus jadi juara
tahniah diucapkan kepada cik farwah
shopping sikit then ke danga bay
photoshoot kenangan katanya
bermacam gaya dan aksi
hahaha

time balik, singgah di ayer hitam
cik farah kita nak beli buah tangan untuk keluarganya
sampai rumah hampir pukul 11
semua penat dan mengantuk
terutama cik timah dan cik farwah yang merupakan driver terbaik
apa lagi, solat dah, perut pun kenyang, tido lah 

DAY 3 
wuhoo
day 3 sudah
hari ni mood raya pulak
pakai baju raya dan pergi beraya
haha bukan banyak rumah yang kami terjah
tetapi bonding yang kami kejar. cehh 
sesudah bersalaman dengan tuan empunya rumah
kami menuju ke rumah cik fasihah
there, we met with parents beliau
comel je dengar emaknya cakap jawa
hehe 
then cari kerepek bagi dibawa pulang
pembelian terpakasa dihadkan begi mengelakkan beg yang sedia ada kembung
daripada meletup dek terlebih muatan
haha

sebelum geng kl, kelantan dan pahang menaiki bus pulang
kami menyempatkan diri makan makanan popular di johor
mee bandung
disebabkan mengejar waktu
mee yang panas terus dimakan slurp slurp terus
tak sempat nak tunggu sejuk sikit
then berterbanganlah gadis-gadis muda ini ke TBS
tinggallah geng melaka
sebelum budak melaka balik 
sempatlah Cik farah mencari nasi beriyani bagi di bawa pulang

percutian kami di akhiri setelah geng johor pulang semula ke rumah mereka
we really had fun there
kepada yang tidak berkesempatan
mohon join gathering seterusnya
 kepada Cik aimi
selamat belajar di sana
 terima kasih semua atas segalanya



Tuesday 8 July 2014

End of 1st Year FPSK

Assalamualaikum w.b.t. Ramadhan Kareem !

Sebelum menulis entry kali ini, aku terbaca post2 aku yg terdahulu. Malu rasanya. Ayat memang tak matang haha.

Hari ini, aku telah pun tamat belajar Perubatan tahun satu. Aku seperti tak percaya aku mampu mengharungi semua ini. Sungguh aku tak tipu, memang banyak dugaan.

Selalu aku terpikir, “macamana agaknya belajar medic kat usim ni?. Lecture notes ada ke takde? Guna buku rujukan yg macam mana?” Alhamdulillah, senior2 banyak membantu. Memang terlalu banyak wang yang aku keluarkan untuk membeli bahan rujukan namun aku tetap bersyukur kerana yuran pembelajaran di sini murah berbanding di luar sana.

Lecture Hall 1st year

Rasanya ini kali pertama aku merasai suasana pembelajaran yang dipenuhi dengan senior lelaki yang seperti kebapaan. Serius. Selama aku berada di bangku sekolah, tidak pernah aku menemui lelaki-lelaki sebegini. Tambahan pula dengan status pelajar perubatan, maka bertambahlah rupa kebapaan di wajah mereka. Aku berasa seperti tahun satu itu umpama pelajar darjah satu. Rata-rata rakan lelaki aku masih keremajaan. Tidak, semua masih lagi seperti remaja. Memang bagaikan langit dengan bumi jika hendak di bandingkan dengan para senior.

Pada awalnya, aku tidak dapat menyesuaikan diri sebagai seorang pelajar medik. Jadualnya begitu padat. Hampir setiap hari ada kerja. Kalau tiada pun, kami tetap perlu study untuk mengulangkaji pelajaran yang lepas. Tapi, disebabkan aku hanyalah manusia biasa yang mempunyai nafsu, kadang-kadang aku tidak study. Penat. Otak aku penat. Aku bukanlah seorang pelajar yang rajin seperti rakan-rakan aku yang lain. Mujur baru-baru ini tahap kerajinan di dalam diri aku meningkat 55%.

Meja study ku...

Di sini juga kali pertama aku diajari oleh pensyarah yang bukan warganegara Malaysia. Orang kata, mereka dari Mesir. Cara mereka mengajar amat berbeza dengan pensyarah Malaysia. Setiap kali mereka mengajar, tidak pernah aku melihat semangat mereka luntur. Mereka seolah-olah ghairah untuk memberi ilmu. Kalimah bismillah tidak pernah lekang daripada mulut mereka. Subhanallah.

Oh ya, aku ada jugak dengar yang orang kata, belajar medic ni umpama katak di bawah tempurung. Tidak tahu-menahu isu semasa. Nerd. Ulat buku. Takde life. Hmmmm macamana harus aku terangkan ya? Disebabkan apa yang kami belajar ini berkaitan dengan nyawa manusia, maka kami harus serius. Adakah anda mahu doktor yang merawat anda itu seorang yang cuai? Tidak bertanggungjawab? Pasti tidak!

Tingkat atas rumah kami

Ada satu lagi perkara yang membuat aku berasa tidak layak untuk bergaul dengan orang lain. Ramai org menganggap bahawa pelajar medic ni seorang yang sombong, bongkak – “budak medic ni pandai…. Ktorg ni tak pandai cam korg. Course pun x lah sehebat medic.” Ayat2 macam nilah yang buat aku rasa down. Aku tak rasa ada gap antara kita tak kiralah apa course yg korg amik. Asalkan korg berjaya dlm bidang korg, korg sudah dianggap hebat. Plus, niat kita belajar ni sebab apa sebenarnya?

So, camana? Apa pendapat korang? Aku sebenarnya tak larat nak taip panjang-panjang. Mungkin entry aku kali ini agak berterabur. Bahasa juga tunggang-langgang. There’s so much more that I wanna tell u guys but I couldn't. For me, studying medicine here, in USIM, is one of the greatest opportunities that Allah gave me. Aku sangat yakin pasti ada hikmah kenapa Allah tidak mengizinkan aku untuk belajar medic di luar negara.



Doakan kami ya?


Mustaid! Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ali Muhammad!

My journey~

Tamhidi Perubatan (Part 1) & (Part 2)
Tahun 2 Medic
Tahun 3 Medic

Wednesday 5 February 2014

ASRiM.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful

Sesungguhnya aku jumpa jiwa aku di sini.


Menjadi orang ekonomi jauh lebih seronok daripada menjadi orang sains.
Bagaikan sebati dengan diri ini.



Alhamdulillah
Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko.
Perancangan Allah itu penuh rahsia dan penuh berhikmah.
Sejak daripada form 4 aku meronta-ronta nak tukar aliran akaun.
Minat pada suject math dan berfikir out of box is something interesting indeed!
Menangis meronta minta khidmat nasihat cikgu marina.
Cikgu Marina pesan
"Ikut kehendak ibu bapa. Ada redha di situ."
Akur sambung aliran sains yang susah tahap ghaban seperti diuar-uarkan!

Kejayaan SPM sejujurnya aku rasakan semua kehendakNya
yang mana kadang kala aku rasa bagaikan hanya mimpi.
Lansung rasa tak layak dapat result cemerlang tu sebab aliran sains susah kot!
Masa form4 terpinga-pinga dapat E and D saja.
Masuk form 5 setiap kali dapat result, aku rasa macam mimpi.
Ya, itu perancanganNya.

Tipu kalau aku kata kejayaan SPM membuatkan aku semangat nak sambung kos sains.
Apatah lagi kos perubatan mahupun pergigian.
Masa ini UPU untuk asasi mata aku sebenarnya liar cari kos yang ada kaitan dengan MATH!
But as usual, umi abah tak izinkan aku mensia-siakan "kepandaian" aku.
Siapa berani nafikan kos perubatan akan membuatkan orang sekeliling pandang kita hebat.
HAHAHA
Tapi di mata aku, aku pandang ahli korporat itu jauh lebih hebat.
No wonder dekat KISAS dulu usha muslimin aliran akaun.
KAHKAHKAH

Asasi dapat sambung Asasi Pergigian.
Hard time sangat masa tu di mana aku rasa lansung tiada life!
Memang lansung tak masuk dengan jiwa.
Air mata dah penat menangis mengenangkan masa asasi.
Dan tahun asasi ialah tahun yang paling cepat aku nak lupakan.
Sabar dan terus bersabar.

Asasi keluar dengan result DL.
Pilihan kedua aku Sains Aktuari & Pengurusan Risiko.
Walaupun sebenarnya umi abah suruh minta Industri Kimia sebab nak suruh jadi Pharmasist.
Kali ini saja aku nekad.

Alhamdulillah.
Walaupun dalam doa aku meminta untuk dapat kos pergigian,
Allah izinkan dapat kos Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko.
Kali ini Allah dengar doa aku yang tak putus-putus sejak form4!
Dalam kesedihan ada kegembiraan.
Sedih sebab tak dapat realisasikan impian umi abah.
Gembira sebab dapat sambung belajar dalam kos yang memang kita minat!

Barangkali ini berkat kesabaran dan dengar cakap parents.



Satu sem berada dalam kos ASRiM.
Hanya senyuman terukir mengenangkan perjalanan sepanjang satu sem.
Sangat sangat seronok.
Air mata kejatuhan dulu terus berganti dengan air mata kegembiraan.

Kalau bercakap dengan orang berusia memang tak tahu apa itu Sains Aktuari
sebab ini kos baru yang baru nak berkembang di Malaysia.
And hanya ada beberapa universiti tawarkan kos ni.

"Sains Aktuari tu apa benda?"

"Belajar apa?"

"Kerja apa nanti?"

Soalan normal aku terima bila balik kampung.
Hampeh.
Lansung takde ahli keluarga aku yang besar ni tahu mengenai kos ni!
Sampaikan aku jadi malas nak explain sebab end of the conversation mesti orang akan perlekehkan.


TAPI


Bila aku bercakap dengan kawan-kawan aku yang hebat-hebat
Semua terkejut aku sambung kos ASRiM ni.
"Like serious? Kos tu susah kot! Susah macam kos perubatan! Memang tiada life."
Baru aku faham apa itu maksud tiada life.
Masa berada di aliran Sains aku memang terasa tiada life.
Tapi bila di bidang ekonomi, yang tiada life inilah life aku!
Aku have fun! Fantastic.
Macam tu lah doktor rupanya.
Orang luar dok cakap tiada life bagai.
Sedangkan mereka yang minat memang akan happening study medik tu sebab itu life mereka!


Banyak cabaran jugak sepanjang satu sem ni.
Penerimaan mak ayah bagai.
Tapi caranya mudah sahaja.
TERUSKAN BERDOA.
Doa itu akan membuatkan sesuatu yang mustahil menjadi realiti.
Akhir sem ni umi abah dah tak ungkit suruh tukar kos bagai.
Sebab umi abah baru tahu kepentingan kos ni sekarang.
Umi abah tak bimbang lagi dengan istilah menganggur.

"Belajar dulu. Urusan kerja serah pada Dia pulak. Rezeki Allah ada di mana-mana."


Macam mimpi bila umi keluarkan statement tu.
Aku menangis kot sebab mudahnya Allah perkenankan doa.


Kenapa aku suka berada di kos ASRiM?
1. Aku dikelilingi kawan-kawan yang concern isu semasa.
2. Aku boleh aplikasi ilmu ekonomi yang aku belajar dengan kehidupan seharian.
3. Aku berjaya kuasai ilmu budak akaun setelah aku kuasai ilmu sains.
4. Masa lapang yang terlalu banyak membuatkan aku boleh explore benda lain.
5. Belajar ilmu Math yang hanya certain orang mampu kuasai.



Kalau korang ada adik-adik yang minat Math,
aku galakkan ambik kos Sains Aktuari.
Tapi kos ni hanya boleh diambil oleh budak aliran sains.
Sebab akan ada aplikasi ilmu Sains dalam Ekonomi.
Contoh menganggarkan kadar kematian pada tahun sekian-sekian.
It is fun :)



Perancangan Allah itu terlampau hebatnya.


Tuesday 4 February 2014

tesl? yeah tesl, upm!

Assalamualaikum
And good day 
everyone

lama blog ni sunyi daripada post. 
Hrmm, so saya akan hidupkan kembali. Hehe
what I got in my mind is TESL.(my course)

First of all, kepada yang tak tahu, I further my study in tesl
English teacher to be
dah nak masuk sem 2.
ada yang ask me, why on earth do you take tesl?
penat2 je blaja math, kimia, bio, fizik sampai asasi
lepas tu amek bahasa?
then I pun wonder lah jugak
but, this is what it called TAKDIR.

ok, memang mengaku mula2 rasa cam tak betul je,
tapi my dad insist me to take perguruan.
then I pun took tesl.
banyak cabaran rupanya 
first, kena amik ujian medsi kat upsi
but at the same time I got trip to uss, singapore
bayangkan lah dah bayar tiket hotel semua and then
lebur macam tu je.
rasa sedih coz first time nak melancong guna duit sendiri.
lepas first tapisan, then interview
first interview in my life
apalagi, gabra tak sudah
at the end, interviewer tu cakap
"Your english is quite terrible"
Ok, ingat tak dapat la
but surprisingly,  and alhamdulillah I got it

before first sem start
I had so many perceptions on my course
'Mesti sume orang cakap bi'
'Mesti aq x bole cope ngan diorang'
and many more
but alhamdulillah again
as my course mate are so awesome
We are called tesl babies by the senior.

I love them very much
we are 19 girls and 6 boys
and we had done many things together
I also learn russian as my add language.
tesl taught me many new things
ok not tesl only but palapes too.
palapes?
hehe akan diceritakan dalam entry yang lain

want to hear from others
where are you guys?