Assalamualaikum w.b.t. Ramadhan Kareem !
Sebelum menulis entry kali ini, aku terbaca post2 aku yg
terdahulu. Malu rasanya. Ayat memang tak matang haha.
Hari ini, aku telah pun tamat belajar Perubatan tahun satu.
Aku seperti tak percaya aku mampu mengharungi semua ini. Sungguh aku tak tipu,
memang banyak dugaan.
Selalu aku terpikir, “macamana agaknya belajar medic kat
usim ni?. Lecture notes ada ke takde? Guna buku rujukan yg macam mana?”
Alhamdulillah, senior2 banyak membantu. Memang terlalu banyak wang yang aku
keluarkan untuk membeli bahan rujukan namun aku tetap bersyukur kerana yuran
pembelajaran di sini murah berbanding di luar sana.
Lecture Hall 1st year |
Rasanya ini kali pertama aku merasai suasana pembelajaran
yang dipenuhi dengan senior lelaki yang seperti kebapaan. Serius. Selama aku
berada di bangku sekolah, tidak pernah aku menemui lelaki-lelaki sebegini.
Tambahan pula dengan status pelajar perubatan, maka bertambahlah rupa kebapaan
di wajah mereka. Aku berasa seperti tahun satu itu umpama pelajar darjah satu.
Rata-rata rakan lelaki aku masih keremajaan. Tidak, semua masih lagi seperti
remaja. Memang bagaikan langit dengan bumi jika hendak di bandingkan dengan
para senior.
Pada awalnya, aku tidak dapat menyesuaikan diri sebagai
seorang pelajar medik. Jadualnya begitu padat. Hampir setiap hari ada kerja.
Kalau tiada pun, kami tetap perlu study untuk mengulangkaji pelajaran yang
lepas. Tapi, disebabkan aku hanyalah manusia biasa yang mempunyai nafsu,
kadang-kadang aku tidak study. Penat. Otak aku penat. Aku bukanlah seorang
pelajar yang rajin seperti rakan-rakan aku yang lain. Mujur baru-baru ini tahap
kerajinan di dalam diri aku meningkat 55%.
Meja study ku... |
Di sini juga kali pertama aku diajari oleh pensyarah yang
bukan warganegara Malaysia. Orang kata, mereka dari Mesir. Cara mereka mengajar
amat berbeza dengan pensyarah Malaysia. Setiap kali mereka mengajar, tidak
pernah aku melihat semangat mereka luntur. Mereka seolah-olah ghairah untuk
memberi ilmu. Kalimah bismillah tidak pernah lekang daripada mulut mereka.
Subhanallah.
Oh ya, aku ada jugak dengar yang orang kata, belajar medic
ni umpama katak di bawah tempurung. Tidak tahu-menahu isu semasa. Nerd. Ulat
buku. Takde life. Hmmmm macamana harus aku terangkan ya? Disebabkan apa yang
kami belajar ini berkaitan dengan nyawa manusia, maka kami harus serius. Adakah
anda mahu doktor yang merawat anda itu seorang yang cuai? Tidak
bertanggungjawab? Pasti tidak!
Tingkat atas rumah kami |
Ada satu lagi perkara yang membuat aku berasa tidak layak
untuk bergaul dengan orang lain. Ramai org menganggap bahawa pelajar medic ni seorang
yang sombong, bongkak – “budak medic ni pandai…. Ktorg ni tak pandai cam korg. Course
pun x lah sehebat medic.” Ayat2 macam nilah yang buat aku rasa down. Aku tak
rasa ada gap antara kita tak kiralah apa course yg korg amik. Asalkan korg berjaya
dlm bidang korg, korg sudah dianggap hebat. Plus, niat kita belajar ni sebab
apa sebenarnya?
So, camana? Apa pendapat korang? Aku sebenarnya tak larat
nak taip panjang-panjang. Mungkin entry aku kali ini agak berterabur. Bahasa
juga tunggang-langgang. There’s so much more that I wanna tell u guys but I
couldn't. For me, studying medicine here, in USIM, is one of the greatest
opportunities that Allah gave me. Aku sangat yakin pasti ada hikmah kenapa
Allah tidak mengizinkan aku untuk belajar medic di luar negara.
Doakan kami ya? |
Mustaid! Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ali Muhammad!
My journey~
Tamhidi Perubatan (Part 1) & (Part 2)
Tahun 2 Medic
Tahun 3 Medic
My journey~
Tamhidi Perubatan (Part 1) & (Part 2)
Tahun 2 Medic
Tahun 3 Medic
1 comment:
Selamat naik thun 2 Farwah:-)
-Trah
Post a Comment