Assalamualaikum w.b.t.
Ramadhan kareem! Tak sangka dah setahun berlalu. Rasanya
baru je hari tu update pasal tahun 1 FPSK. Sekarang ni, Alhamdulillah dah habis
dah tahun 2 dan menunggu nak masuk tahun 3. Entry kali ni, aku nak bercerita
tentang kisah aku sepanjang tahun 2. Overall, sungguh aku tak tipu, tahun 2
memang agak sukar.
Bagi pelajar tahun 2, kami wajib mengambil peperiksaan
Profesional I (Satu) pada akhir sem 2. Exam ni merangkumi subjek core tahun 1
dan tahun 2. Tiga subjek core iaitu Anatomy, Physiology dan Biochemistry. Boleh
kata exam ni macam SPM la. Kalau tak pass exam ni, kena repeat tahun 2 dan
kalau pass, boleh proceed ke tahun 3.
Tahun 2 memang sukar bagi aku sebabnya setiap subjek tu
makin rumit dan mendalam. Sebagai contoh, untuk anatomy, semasa tahun 1, kami
belajar pasal badan manusia manakala pada tahun 2, kami cuma belajar pasal
kepala! Bayangkan setahun tu belajar pasal kepala je! I mean, tak lah literally
kepala. Ada jugak belajar pasal neck and brain. Selama ni aku wonder, aku akan
belajar tak pasal groove2 yang ada kat
otak tu. Rupanya aku belajar weh! Subhanallah, semua groove tu sebenarnya ada
fungsi dia sendiri. Aku tak tau nak explain camana tapi aku memang excited la
belajar pasal brain tu hehe. Kalau ada
je bahagian brain yang rosak, memang akan bagi impact yang besar pada diri
sendiri.
Inilah lekuk (groove) yang dimaksudkan |
Walaupun kami mempunyai exam besar pada tahun ini, namun
kerja2 aktiviti sosial teramatlah banyak. Tahun 2 lah yang mempunyai
tanggungjawab paling besar dalam menguruskan aktiviti2 di kampus. Nak harapkan
tahun 1, diorang baru je masuk, tak tahu apa lagi. Tahun 3 pula sibuk sebab
diorang pun ada exam besar macam kami tapi diorang lagi besar. Alhamdulillah
kami berjaya menempuhi segalanya dengan bantuan Allah.
Waktu study week before exam professional, memang semua
orang pulun habis-habisan. 2 minggu je kami ada untuk cover segala subjek dari
tahun 1 sehingga tahun 2 (sebenarnya dari awal lagi dah kena study tapi kami
memang sangat busy. Kadang2 je sempat revise). Semua pensyarah sentiasa beri
sokongan dan semangat kepada kami agar tidak mudah berputus asa. Terima kasih
guru-guru ku!
Dan tibalah hari exam. Memang sangatlah berdebar sebab fikir
sangat pasal resultnya padahal exam baru
nak mula lol. Sepanjang exam, aku dapat tengok gelagat kawan-kawan aku. Ada
yang termenung, terbaring, dan ada jugak yang laju menulis. Macamana aku boleh
perhatikan diorang? Sebab aku pun termenung ha!
Ini tengkorak manusia dari pandangan bawah. kami kena hafal segala lubang hitam/laluan (foramen) tu beserta content nya. |
Prof Hany dan ekspresi mukanya pada hari keputusan. seriusnyaa... |
Akhirnya sampai jugak
kami pada hari yang paling dinantikan. Hari result kami akan diumumkan. Untuk
pengetahuan, result yang akan diumumkan ni hanyalah untuk 3 subjek core tu, result
subjek lain kena cek online la macam biasa. Dan result professional exam ni
kadang-kadang selang dua tiga hari after exam dah dapat. Camni cara pengumuman
result tu, dekan akan panggil nama mengikut urutan dalam list name. Mulanya aku
tak tau macamana dekan akan sebut result
kami. Sama ada dekan akan panggil semua nama dan sebut “pass” atau “fail”
ataupun dekan tak akan sebut nama orang yang failed. Arghhh takutnya! Namun aku
harus redha dengan apa jua result aku. And then dekan sebut nama orang first.
“Ahmad bin Abu, you pass all.” Kami semua bersorak. Yelah sebab orang first
kan, kenalah bagi good impression hehe. Orang pertama sampai la ketujuh,
semuanya pass. Aku orang kelapan tapi orang2 sebelum aku takde lagi yang fail.
Aku sangatlah nervous!
Macam-macam ada dalam fikiran aku. “Ish, dekan sebut tak
nama aku ni? Atau dekan skip je nama aku?”. Tetiba, “Farwah , you PASS all.”
Fuhhh mau tercabut jantung aku bila dengar benda tu. Dan rupanya, dekan tak
akan sebut nama orang fail. Haa kalau korang nak tau, orang yang failed tu, tak
semestinya kena repeat year. Diorang akan ambil supplementary exam. Kalau lulus
exam tu, bolehla proceed ke tahun 3. Alhamdulillah. Aku sangatlah bersyukur
walaupun aku bukanlah top students. Aku tak berapa nak kisah sangat nak dapat
top student semua tu. Asal aku lepas, aku sangat bersyukur. Aku ada buat quiz
online hari tu, dia kata aku ni jenis orang yang “hate losing more than like winning”. Haa
kenalah kot dengan aku tu hikhik.
Okaylah. Cukupla kot setakat tu kisah aku. Semoga pengalaman
ku ini mematangkan lagi aku supaya aku dapat bersedia untuk hadapi tahun
klinikal nanti. Wassalam.
Prof Ezz Eldin antara pensyarah bertaraf surgeon, mengajar anatomy. |
Dr Normaliza, pensyarah anatomy yang sangat keibuan. |
Mustaid! Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ali Muhammad!
My journey~
Tamhidi Perubatan (Part 1) & (Part 2)
Tahun 1 Medic
Tahun 3 Medic
My journey~
Tamhidi Perubatan (Part 1) & (Part 2)
Tahun 1 Medic
Tahun 3 Medic
No comments:
Post a Comment