Friday 20 January 2012

Coretan saya di...

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum.

Dearest sahabat,

 Pertamanya dan selamanya, marilah kita merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih dapat bernafas dan menjalankan tanggungjawab kita sebagai manusia di muka bumi ini. Selawat serta salam buat nabi junjungan, Nabi Muhammad S.A.W. kerana dengan jerih payah baginda kita dapat merasai dua nikmat yang terbesar dalam dunia kini iaitu nikmat iman dan islam. Alhamdulillah...

Sudah tiga minggu sejak kali pertama saya menjejakkan kaki ke Kem PLKN Tasik Meranti, Wang Kelian, Perlis. Itu bermakna sudah tiga minggu saya meninggalkan permandangan rumah yang kini diganti dengan permandangan Banjaran Nakawan yang indah dan selalu diselubungi kabus terutamanya pada waktu subuh dan malam. Dalam coretan kali ini, insyaallah saya akan menceritakan serba sedikit pengalaman sepanjang tiga minggu berada di sana.
Pada 02 Januari 2012, setelah menaiki bas dari Stadium Utama Kangar ke Gua Kelam dan menaiki van dari Gua Kelam ke Kem PLKN Tasik Meranti, saya berada di tempat yang asing. Walaubagaimanapun, Allah S.W.T telah membantu saya dalam proses menyesuaikan diri dengan memberi saya sahabat-sahabat baru yang baik  yang memahami jiwa saya. antaranya Shazana dan Umi Sarrah dari SMS Tuanku Syed Putra, Nazihah dari SMKA(P) Kangar dan  Nurul Izzah dari Maktab Mahmud Alor Setar (Dia kata dia kenal Kak De...ha3). Alhamdulillah, proses penyesuaian diri amat singkat.

Walaubagaimanapun, salah satu cabaran yang berat di sana, memakai tudung sepanjang masa (Alhamdulillah, saya masih dapat mengharunginya, tolong doakan saya sahabat-sahabat). Hal ini adalah disebabkan adanya pelatih-pelatih Cina (Salah seorang daripada mereka, katilnya di sebelah katil saya. Namanya Shiow Ling). Selain itu, aktiviti pagi bermula pada jam 6.30 pagi. Di bawah saya tuliskan jadual harian pada hari Isnin sampai Jumaat.

6.30 pg : PT pagi (berbaris pagi/roll call, buat senam seni 1 Malaysia/ larian pagi 3.2 km)
7.30 pg : sarapan pagi
8.30 pg : Kelas Multiskill dalam kelas (Belajar macam-macam tentang diri sendiri dan orang lain, aktiviti best, duduk atas lantai macam budak-budak tadika...hi3 dan macam-macam lagi)
10.30 pg : Minum pagi (lepas tu sambung kelas sampai 12.30 )
12.30 tgh hari : makan tengahari( lepas tu rehat sampai 2.30)
2.30 ptg : kelas fizikal ( biasanya di padang kawad, belajar kawad, tempur tanpa senjata etc. disebabkan ini muka saya dah burn. ha3)
4.30 ptg : minum petang dan rehat.
5.30 ptg : riadah
6.30 ptg : makan malam dan rehat
9.30 mlm : minum malam dan roll call. (Kadang -kadang berkumpul pukul 8.00 mlm kalau ada aktiviti/ceramah)

Selepas itu boleh tidur dengan nyenyaknya ( sebab penat dan cuaca kat sana sejuk sangat kalau waktu malam)

Peristiwa yang paling saya tidak dapat lupakan di sana ialah peristiwa  salah seorang cikgu kompeni ( saya berada dalam kompeni Charlie) bertanyakan kepada saya sama ada saya mahu menjadi sarjan atau koperal dan adakah saya sanggup untuk menggalas tanggungjawab tersebut. Jika saya cuma menyebutkan satu perkataan iaitu "YA", maka saya akan mendapat pangkat di atas bahu saya. Apa jawapan saya? Saya menjawab "TIDAK" walaupun hati saya teringin mendapatkannya. Hal ini adalah kerana dalam kelas multiskill, saya telah belajar untuk lebih mengenali diri saya. 

"Boleh sahabat-sahabat bayangkan, Izzah Aida menjerit, memarahi teman-temannya yang lewat berbaris, atau memberi arahan baris sedia dan senam diri semasa kawad?"

Bila difikir-fikirkan balik, saya tidak akan sanggup untuk berbuat demikian kerana itu bukan diri saya. Pada hari pemakaian pangkat, walaupun saya berada di belakang, namun saya lega kerana dua sebab. Yang pertama kerana saya berpuas hati dan sama sekali tidak menyesal atas keputusan yang saya buat dan yang kedua, saya tak perlu bersalam dengan komanden kem tersebut (bukankah lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tidak boleh bersentuhan?)

Walaubagaimanapun, selepas itu saya dipilih untuk menjadi biro dakwah atau biro musolla yang selama ini selalu disebut-sebut sebagai jawatan tetap pelajar-pelajar KISAS di PLKN. Alhamdulillah...

Setakat itu sahaja coretan saya. Sebenarnya, banyak lagi yang hendak saya ceritakan tetapi ia tidak dapat digambarkan melalui kata-kata. Kesimpulannya, PLKN memang best! (walaupun penat...) Untuk masa yang masih tersisa, saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang dai'e selain menikmati sepenuhnya aktiviti-aktiviti yang disediakan di sana.

P/S: saya tak sabar nak pegang M-16 lepas raya cina ni. :-)


3 comments:

Anonymous said...

Ace ceh. Tak sabar nak tembak2 :-D. Bittaufiq wannajah kat sana ye! Tak lama dah tu nak abis. (Tijani)

Anonymous said...

woww . tu ah, best ! aq ad baca blog org, rasa tringin nak PLKN, tp problem nya lama sgt smpai hampir 3 bulan.
pe2 ponn, bsyukur dgn ap yg ada :)
-anak ir amin-

Anonymous said...

huhu
kn dh ckap plkn mmg best
jelesnyer ngan kamu
btw slmt brjaya
-kapten-