Assalamualaikum w.b.t.
Ramadhan kareem! 10 Ramadhan 1437H
Eh tetiba je dah habis tahun 3??? Subhanallah pantas sungguh masa berlalu. Rasa
baru je update pasal 2nd year hari tu hehe. Alhamdulilah, I’ve officially ended my 3rd
Year study which means I’m done with preclinical years wohoo ! Cuak jugak nak
masuk clinical ni sebenarnya. Senior-senior pesan, jangan lupa segala ilmu masa
preclinical. Kita akan guna semua tu. Yalah, sepanjang belajar medik ni memang
takleh lupa langsung ilmu basic tu. Even dah kerja nanti pun akan guna jugak ilmu
tu. InsyaALLAH, doakan kami agar menjadi
“Doctors for ummah”.
So entry kali ni, aku nak bercerita life aku sepanjang tahun
3 ni. Untuk simpanan aku je lah hihi. Masa awal-awal start sem dulu, seriously
aku risau dengan pelajaran aku. 5 subjek major kot! Pathology, Microbiology,
Community Health, Pharmacology & Parasitology. Credit hour paling banyak 8
jam, paling sikit 4 jam. Oh ya, masa
tahun 3 ni, kitorang kena amik exam 2nd Professional Exam. Exam ni
merangkumi semua topik sem 1 dan sem 2. Boleh bayang tak betapa tough nya
belajar medik ni huhu. Kalau tak lepas exam ni, tak boleh proceed clinical
years. Haaa tu pasal la cuak tak cuak kau.
Dr Fadlul - one of our Parasitology lecturers. He's very humble and cool. You'll like him. |
Kalau kat FPSK ni, memang lazimnya setiap tahun fakulti
kitorang akan hantar 2 orang pelajar tahun 3 untuk jadi wakil Majlis Perwakilan
Pelajar USIM (MPP). Dan memang orang yang terpilih ni terpaksa jadi lah
sebenarnya sebab orang lain pun dah ada jawatan masing-masing kat kampus ni.
Dipendekkan cerita, aku tercalon untuk jadi MPP wakil fakulti aku huhu. Kitorang vote sesame kitorang je satu batch.
Sorang laki sorang perempuan. Afdalnya orang yang ada kenderaan lah sebab
senang nak gi Nilai (fyi, once dah jadi MPP ni, Nilai ni dah jadi rumah kedua
aku). Yalah mana taknya, setiap minggu ada meeting n event kat Nilai. Nasib
baiklah MPP kampus Pandan ni semuanya jenis bertanggungjawab. Diorang sentiasa
‘on’ kalau ada perkara adhoc.
Menang tanpa bertanding kahkah. Dah takde pesaing nak buat camana. |
Alhamdulillah. Memang aku tak nafikan pada
awalnya aku tak boleh nak manage masa aku untuk study dan jugak tugas MPP.
Kadang-kadang tu balik meeting pukul 1 pagi, pukul 2 pagi. Nak drive 40 minit
dari Nilai ke Ampang. Fuh memang mencabar betul. Esoknya kelas pukul 8 pagi
memang tak sempatlah aku nak study sebelum kelas mula. Dan lama-lama, aku dah
boleh susun masa aku. Aku kena pandai prioritize kan hal penting dulu.
Kadang-kadang tu aku dah set dalam jadual belajar yang aku akan study subjek
sekian malam ni. Tetiba dapat kerja MPP yang kena settle esoknya. Hmmm banyak
kali jugak perkara ni berlaku. So aku just follow the flow lah. Semenjak jadi MPP
ni, aku tak nafikan soft skills aku dah bertambah baik. MPP ni selalu berjumpa
dengan orang-orang korporat. Jadi protokol memang amat dititikberatkan. Gerak
geri kita pun kena jaga standard. Sebabnya, kita membawa nama universiti.
Universiti yang ada islam pada namanya. So kenalah tunjuk contoh yang baik
kepada orang lain kan? Dakwah bil-hal. Okay cukuplah kot pasal MPP. Aku pun dah
bosan hekhek.
Inilah ahli MPP yang lain. Diorang memang sporting. Thumbs up! |
Berbalik kepada topik pelajaran aku. Aku sebenarnya enjoy
sangat belajar tahun 3 ni. Tak tau kenapa. Tak stress macam dulu. Lecturers pun
sporting. Senior-senior pun cakap benda yang sama. “Nanti korang akan rindu 3rd
year. Rindu nak belajar dengan Prof-Prof yang super baik dan caring!” Well no
doubt about that because that’s the truth. Really. Actually masa tahun 3 ni,
setiap minggu mesti ada test. Test ni takde carrymarks pun tapi kitorang memang
take it seriously (perempuan je kot haha). Dan setiap kali ada test mesti
stress. Sebab minggu tu bukan satu test tu je yang ada, kadang-kadang boleh ada
3 tutorial dan test dalam seminggu tu. Bila habis je minggu tu, semua orang
jadi manusia balik. Bergelak ketawa, bergurau senda, keluar jenjalan.
Alhamdulillah we survived.
Subjek Basic Clinical Skills best! Ni kitorang belajar teknik ambik darah :) |
Setelah menghadapi hari-hari yang penuh dengan test
dan tutorial, tup tup dah study week! OMG! Is this for real??? Aku macam orang
tak betul sepanjang study week ni. Bangun pagi ngadap buku. Tengahari lepas
solat ngadap lagi sampai asar. Malam lepas isyak ngadap lagi. What kind of life
is this??! Dan yang herannya, aku belek punya belek nota tu, tak pernah habis.
*cried microscopically inside* Semua orang terperuk je
dalam bilik. Keluar bilik untuk makan ngan solat je. Lepas tu serap dalam dunia
masing-masing.
Finally exam! Setiap subjek at least ada dua papers la.
Paper 1 MCQ paper 2 essay. Paper 3 tak semua subjek ada. Paper 3 is OSPE – lab
practical questions. Overall aku boleh jawab la Alhamdulillah. Tapi paper
Community Heatlh la yang aku tak boleh lupa. Boleh pulak aku tak terbaca satu
lecture tu. Dan lecture tu la yang masuk essay! MasyaAllah. Satu soalan penuh
pulak tu. 25 markah satu soalan. Mula-mula aku ingat aku blank ke apa kan sebab
tak ingat langsung. Rupanya aku memang tak baca part tu. Aku pun tulis je lah
pape asalkan jangan hantar kosong. In the end aku dapat B hikhik.
Waktu hari result diumumkan, macam biasa dekan sebut nama
orang yang PASS sahaja. Alhamdulillah nama aku disebut :’) Yang paling kitorang
bersorak sekali ialah sorang kawan kitorang ni. Dia sebenarnya tua setahun dari
kitorang. Dia kena repeat tahun 3 sebab tak lepas exam hari tu. So dia join
batch kitorang. Nama dia lassttt sekali kena sebut. Semua orang tepuk tangan
kuat-kuat. Memang havoc la dalam lecture hall tu haha!
Okaylah sampai situ je kot entry kali ni. Banyak lagi yang
aku nak share tapi takpelah. Biar aku ingat sorang je benda lain tu hehe. See
you in the next entry insyaALLAH.
Malam Perdana Siswa. nama kemain padahal Annual Dinner |
Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) kat Muar. Best la sebab kitorang buat medical check-up rumah ke rumah |
Kem PPD. Wajib join sebelum masuk klinikal. |
Ni waktu Road Tour MPP ke UTHM |
Ni pulak MPP CUCMS datang USIM. Aku excited kot sebab CUCMS kan medical college hehe. |
Dewan Syura Siswa. macam persidangan parlimen lah senang citer. |
Kem Team Building MPP. aku enjoy la jugak sebab tak pernah pergi kem kepimpinan kan haha. |
with Dr Nadia Effendy - one of our Pharmacology lecturers. She's got her PhD by the age of 25. Really adore her. Beauty with brain <3 (Dr belanja kitorang Domino's yeay!) |
Hari last kat kampus lepas announce result. Terima kasih cikgu! |
Mustaid! Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ali Muhammad.
My journey~
No comments:
Post a Comment