Wednesday 4 April 2012

Kisah dan Aku

Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah syukur aku panjatkan kepada Ilahi kerana aku telah diberi peluang untuk mengikuti Rehlah MERCU '12.
Tanggal tarikh 10 Mac - 11 Mac, aku telah ke Kuang untuk mengikuti satu kem anjuran PAKSI.
Aku berasa amat gembira kerana dapat berjumpa semula dengan rakan-rakan sekolah lama aku di sana.
Lebih kurang 32 peserta mengikuti kem ini dan yang paling gembira, semuanya adalah Muslimat :)

Program bermula kira-kira jam 3.00 petang, Sewaktu majlis pembukaan, pengerusi majlis menyuruh seorang daripada kami untuk membaca mana-mana satu mukasurat daripada Al-Quran.

Program tersebut bermula dengan mengenalkan kami apa maksud MERCU itu sendiri - MEnuju Redha Cinta-MU. Subhanallah, sudah lama tidak mendengar tazkirah daripada orang yang lebih berilmu.

Petang itu Kak Yati ditugaskan untuk memulakan program. Beliau merupakan seorang guru di SMK Shah Alam. Bertudung labuh litup, manis wajahnya. Beliau mula menyoal kami, "Siapa kat sini yang khatam Al-Quran sekali sebulan?"
Tersentap hatiku. Sudah lama aku tidak mengkhatamkan Al-Quran. Kemudian beliau bertanya lagi, "Siapa kat sini yang setiap kali dia habis je baca satu juzuk, dia jot down isi-isi Al-Quran sebagai kesimpulan?".
Lagi sekali aku tersentap. Tidak pernah aku membuat perkara sebegitu. Terasa begitu hina diriku di hadapan Allah.

Kak Yati berkata lagi, "Macam mana kita nak tarbiyyah diri kita dan thabat dalam beribadah kalau kita tak akrab dengan Al-Quran? Macam mana kita nak hayati isi Al-Quran itu sendiri kalau kita baca kita tak faham apa pun? Itulah diri kita, selama ini angkuh tak nak baca, faham, hayati dan amalkan isi Al-Quran." :'(

__________________________________________________________________________________


Sejurus selepas asar, kami bermain satu permainan yang mana kami dikehendaki mencantumkan semula cebisan-cebisan kertas supaya menjadi gambar asalnya semula. Mujur cebisan kertas aku tiada apa-apa corak. Kosong sahaja. Maka aku boleh 'join' mana-mana kumpulan yang aku mahu. Akhirnya, bantuan aku diperlukan untuk mencantumkan gambar stetoskop. Hehe. Ada juga faedah kertas aku itu. Kumpulan aku mendapat tempat ketiga. Alhamdulillah, tamat sesi permainan, kak fasi membenarkan kami bermandi-manda di kolam renang. Gembiranya ! Kawasan kolam renang ini tertutup. Oleh itu, kami boleh bermain sepuas-puasnya. Sudah agak lama rasanya aku tidak bermandi di kolam renang.

tertutup kan?


Usai solat maghrib berjemaah dan menguruskan diri masing-masing, kami berkumpul di ruang utama untuk membaca Al-Ma'thurat. Subhanallah, sudah lama tidak membaca Al-Ma'thurat bersama sahabat-sahabat tersayang. Malam itu, kami diberi ujian kecenderungan untuk mengetahui kerjaya yang sesuai dengan kami.
Aku lebih cenderung dalam bidang penyelidikan, Okeylah. *Ibuku pernah berkata bahawa aku sesuai dalam bidang teknikal. Hurm...

Azan isyak sudah berkumandang. Kami bergegas menunaikan solat isyak lalu menjamu makan malam. Wahh.. agak mengancam menu makan malam ini - nasi kerabu. Aku dan 4 orang lagi sahabatku beratur mengambil dulang dan mengisi makanan di atasnya. Ternyata perut kami memang sudah berkeroncong lamanya. Usai membaca doa, kami terus bersantap. Alhamdulillah, kami berasa begitu kenyang sekali.


hewhewhew




Keesokan hari.....

Seawal jam 5.00 pagi kami sudah dikejutkan oleh fasilitator supaya bangun menunaikan qiamulllail. Oh sudah lama aku tidak bangun malam. Alhamdulillah hari ini Allah masih beri kesempatan kepada aku untuk menunaikannya. Tenang jiwa. Al-Ma'thurat diteruskan selepas solat subuh, serta disisipkan sedikit tazkirah oleh fasi. 

Sarapan kami amat sedap serta membuatkan perut kami semua kenyang, hehe. Mee goreng dan air teh panas. Tepat jam 10.00 pagi, kami diminta berkumpul di ruang utama untuk slot seterusnya yang diberikan oleh Kak Nani. Walaupun slotnya cuma 30 minit, sungguh banyak isi yang berguna. Tidak banyak perkara yang diulaskan oleh Kak Nani tentang tajuknya kali ini, "Thabat Dalam Tarbiyyah." Video-video klip saja mengisi slot kali ini.


                                                                            *video 1


                                                                                   *video 2

Video ke-2 sangat menyentuh hati kami semua, sehinggakan ada antara kami yang menitiskan air mata mengenangkan dosa kami. Ya Rasulullah, berikanlah kami syafaat mu di akhirat kelak. Aamiin. Andai Rasulullah masih bersama kita, adakah kita akan melakukan maksiat? Meninggalkan larangan Allah dan pesuruhnya? Ampuni kami Ya Allah. 

Tepat jam 10.30 pagi, kami bermain permainan Explorace. Ada 5 cabaran semuanya. Setiap kali sebelum kami memulakan cabaran, kami dikehendaki mengucapkan Bismillah, dan apabila sudah selesai melaksanakan cabaran, Alhamdulillah. Sungguh indah sekali perasaan waktu itu. Selesai melaksanakan cabaran, kami dikehendaki memberikan 'ibrah atas apa yang telah kami lakukan. Rupa-rupanya, setiap perkara yang kita lakukan seharian, mengandungi hikmah tersendiri. Secara kesimpulannya, setiap tugasan mengandungi kesatuan jemaah. Jemaah itu penting apabila hendak melakukan sesuatu kerana terdapat berkat di dalamnya. Moga-moga kita semua tidak lari daripada jemaah yang mencari keredhaan Ilahi. Terdapat sebuah tugasan yang kami semua terpaksa kebasahan kerana tugasan itu hendaklah dilaksanakan di dalam kolam renang. Oh sungguh aku takut kerana aku tidak berani menyelam di dalam kolam. Alhamdulillah, aku dapat melakukannya. 

Pada jam 3.00 petang, selepas kami membersihkan diri, makan tengah hari, dan solat zohor, tibalah masanya untuk kami berpisah. Kami diberikan cenderahati, sebuah penanda buku yang amat comel. Aku berasa sungguh sedih kerana dua hari berada berada di sana dirasakan tidak cukup untuk aku 'membersihkan' diri aku. Namun, aku redha kerana Allah mahu aku tempuhi lagi banyak ujian bagi menguji keimanan aku terhadap-Nya.

Uhibbukunna fillah :)


                                         

Mustaid! Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad!

*maaf atas gaya bahasa yang tidak cantik, tidak matang, hanya ini yang aku mampu coretkan. BM A+ !

2 comments:

Anonymous said...

farwah,,,
best bace...
cm karangan...

tapi bemanfaat...hehe

*cume teigt jumpe cikgu salma ngn farwah...isi karangan x matang....haha

angry bird:)

Anonymous said...

BM A+ tu aq suka <3 haha

-ah chong