Kaifa imaanukum al-yaum?
Fuhh... bajet pak arab cakap arab.
Apo nok dikato, belajar di sini memang kena belajar Bahasa Arab. Maklumlah, banyak foreign students dari middle east. Hehe.
Sebelum ni saya dah post kehidupan saya sebagai pelajar tamhidi semester 1. Jadi, kali ini saya ingin menceritakan kisah saya sepanjang belajar di semester 2. Ringkas aje.
Alhamdulillah prestasi pembelajaran saya di tamhidi meningkat semasa semester 2. Mungkin kerana saya sudah nampak dan tahu cara-cara untuk tackle soalan kuiz dan peperiksaan. Hehe.
Syllabus semester 2 sama sahaja seperti semester 1 bagi tamhidi perubatan, cuma PQS digantikan dengan ICT. ICT is awesome !
Skop pembelajaran semasa semester 2 lebih menumpukan kepada assignments yang melibatkan presentation, hampir semua subjek. Bukan hampir, tapi SEMUA. Ya, hidup kami memang 'teratur'.
Walau apapun, saya enjoy kerana perkara sebegini melatih cara untuk kita bercakap di hadapan ramai orang. Respon daripada penonton juga amat memberangsangkan. Yang paling saya tidak percaya, saya telah berjaya melaksanakan debat dan lakonan dalam bahasa arab. Can you believe this??!!
tajuk debat : Bahasa Arab itu mudah - kami pembangkang *so bahasa arab tu susah la kan? |
Sebenarnya banyak yang saya nak ceritakan tapi, saya tak mampu nak taip banyak-banyak. Jadi, kita telah sampai ke penghujungnya. Hehe. *jangan marahh
Nasihat saya, uruskan hidup kita sebagai seorang pelajar dengan tertib. Bersosial itu paling penting kerana kawan-kawanlah pengganti ibu ayah di sini.
Sekiranya anda mempunyai soalan, bolehlah bertanya di ruangan komen di sini ya.
Dinner Tamhidi of Medicine |
sesi temuduga kemasukan ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM. Alhamdulillah, sahabat-sahabat serumah semuanya layak menghadiri temuduga |
Sejujurnya, saya amat merindui sahabat-sahabat bumi waqafan. Merekalah medium yang Allah sediakan untuk saya bagi mencari sumber kekuatan dalam meneruskan dakwah islamiyyah.
Semoga Allah merahmati persaudaraan kita.
Mustaid ! Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad !
My journey:
USIM - Tamhidi Perubatan (Part 1)
Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri (MBBS)
Tahun 1 Medic
Tahun 2 Medic
Tahun 3 Medic