Wednesday, 15 June 2016

End of 3rd Year FPSK

Assalamualaikum w.b.t.

Ramadhan kareem! 10 Ramadhan 1437H

Eh tetiba je dah habis tahun 3???  Subhanallah pantas sungguh masa berlalu. Rasa baru je update pasal 2nd year hari tu hehe.  Alhamdulilah, I’ve officially ended my 3rd Year study which means I’m done with preclinical years wohoo ! Cuak jugak nak masuk clinical ni sebenarnya. Senior-senior pesan, jangan lupa segala ilmu masa preclinical. Kita akan guna semua tu. Yalah, sepanjang belajar medik ni memang takleh lupa langsung ilmu basic tu. Even dah kerja nanti pun akan guna jugak ilmu tu. InsyaALLAH, doakan kami agar menjadi  “Doctors for ummah”.

So entry kali ni, aku nak bercerita life aku sepanjang tahun 3 ni. Untuk simpanan aku je lah hihi. Masa awal-awal start sem dulu, seriously aku risau dengan pelajaran aku. 5 subjek major kot! Pathology, Microbiology, Community Health, Pharmacology & Parasitology. Credit hour paling banyak 8 jam, paling sikit 4 jam.  Oh ya, masa tahun 3 ni, kitorang kena amik exam 2nd Professional Exam. Exam ni merangkumi semua topik sem 1 dan sem 2. Boleh bayang tak betapa tough nya belajar medik ni huhu. Kalau tak lepas exam ni, tak boleh proceed clinical years. Haaa tu pasal la cuak tak cuak kau.


Dr Fadlul - one of our Parasitology lecturers. He's very humble and cool. You'll like him.

Kalau kat FPSK ni, memang lazimnya setiap tahun fakulti kitorang akan hantar 2 orang pelajar tahun 3 untuk jadi wakil Majlis Perwakilan Pelajar USIM (MPP). Dan memang orang yang terpilih ni terpaksa jadi lah sebenarnya sebab orang lain pun dah ada jawatan masing-masing kat kampus ni. Dipendekkan cerita, aku tercalon untuk jadi MPP wakil fakulti aku huhu.  Kitorang vote sesame kitorang je satu batch. Sorang laki sorang perempuan. Afdalnya orang yang ada kenderaan lah sebab senang nak gi Nilai (fyi, once dah jadi MPP ni, Nilai ni dah jadi rumah kedua aku). Yalah mana taknya, setiap minggu ada meeting n event kat Nilai. Nasib baiklah MPP kampus Pandan ni semuanya jenis bertanggungjawab. Diorang sentiasa ‘on’ kalau ada perkara adhoc. 

Menang tanpa bertanding kahkah. Dah takde pesaing nak buat camana.

Alhamdulillah. Memang aku tak nafikan pada awalnya aku tak boleh nak manage masa aku untuk study dan jugak tugas MPP. Kadang-kadang tu balik meeting pukul 1 pagi, pukul 2 pagi. Nak drive 40 minit dari Nilai ke Ampang. Fuh memang mencabar betul. Esoknya kelas pukul 8 pagi memang tak sempatlah aku nak study sebelum kelas mula. Dan lama-lama, aku dah boleh susun masa aku. Aku kena pandai prioritize kan hal penting dulu. Kadang-kadang tu aku dah set dalam jadual belajar yang aku akan study subjek sekian malam ni. Tetiba dapat kerja MPP yang kena settle esoknya. Hmmm banyak kali jugak perkara ni berlaku. So aku just follow the flow lah. Semenjak jadi MPP ni, aku tak nafikan soft skills aku dah bertambah baik. MPP ni selalu berjumpa dengan orang-orang korporat. Jadi protokol memang amat dititikberatkan. Gerak geri kita pun kena jaga standard. Sebabnya, kita membawa nama universiti. Universiti yang ada islam pada namanya. So kenalah tunjuk contoh yang baik kepada orang lain kan? Dakwah bil-hal. Okay cukuplah kot pasal MPP. Aku pun dah bosan hekhek.

Inilah ahli MPP yang lain. Diorang memang sporting. Thumbs up!


Berbalik kepada topik pelajaran aku. Aku sebenarnya enjoy sangat belajar tahun 3 ni. Tak tau kenapa. Tak stress macam dulu. Lecturers pun sporting. Senior-senior pun cakap benda yang sama. “Nanti korang akan rindu 3rd year. Rindu nak belajar dengan Prof-Prof yang super baik dan caring!” Well no doubt about that because that’s the truth. Really. Actually masa tahun 3 ni, setiap minggu mesti ada test. Test ni takde carrymarks pun tapi kitorang memang take it seriously (perempuan je kot haha). Dan setiap kali ada test mesti stress. Sebab minggu tu bukan satu test tu je yang ada, kadang-kadang boleh ada 3 tutorial dan test dalam seminggu tu. Bila habis je minggu tu, semua orang jadi manusia balik. Bergelak ketawa, bergurau senda, keluar jenjalan. Alhamdulillah we survived. 

Subjek Basic Clinical Skills best! Ni kitorang belajar teknik ambik darah :)


Setelah menghadapi hari-hari yang penuh dengan test dan tutorial, tup tup dah study week! OMG! Is this for real??? Aku macam orang tak betul sepanjang study week ni. Bangun pagi ngadap buku. Tengahari lepas solat ngadap lagi sampai asar. Malam lepas isyak ngadap lagi. What kind of life is this??! Dan yang herannya, aku belek punya belek nota tu, tak pernah habis. *cried microscopically inside* Semua orang  terperuk je dalam bilik. Keluar bilik untuk makan ngan solat je. Lepas tu serap dalam dunia masing-masing.

Finally exam! Setiap subjek at least ada dua papers la. Paper 1 MCQ paper 2 essay. Paper 3 tak semua subjek ada. Paper 3 is OSPE – lab practical questions. Overall aku boleh jawab la Alhamdulillah. Tapi paper Community Heatlh la yang aku tak boleh lupa. Boleh pulak aku tak terbaca satu lecture tu. Dan lecture tu la yang masuk essay! MasyaAllah. Satu soalan penuh pulak tu. 25 markah satu soalan. Mula-mula aku ingat aku blank ke apa kan sebab tak ingat langsung. Rupanya aku memang tak baca part tu. Aku pun tulis je lah pape asalkan jangan hantar kosong. In the end aku dapat B hikhik.

Waktu hari result diumumkan, macam biasa dekan sebut nama orang yang PASS sahaja. Alhamdulillah nama aku disebut :’) Yang paling kitorang bersorak sekali ialah sorang kawan kitorang ni. Dia sebenarnya tua setahun dari kitorang. Dia kena repeat tahun 3 sebab tak lepas exam hari tu. So dia join batch kitorang. Nama dia lassttt sekali kena sebut. Semua orang tepuk tangan kuat-kuat. Memang havoc la dalam lecture hall tu haha!

Okaylah sampai situ je kot entry kali ni. Banyak lagi yang aku nak share tapi takpelah. Biar aku ingat sorang je benda lain tu hehe. See you in the next entry insyaALLAH.

Malam Perdana Siswa. nama kemain padahal Annual Dinner 

Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) kat Muar.
Best la sebab kitorang buat medical check-up rumah ke rumah

Kem PPD. Wajib join sebelum masuk klinikal. 


Ni waktu Road Tour MPP ke UTHM Troll

Ni pulak MPP CUCMS datang USIM. Aku excited kot sebab CUCMS kan medical college hehe.

Dewan Syura Siswa. macam persidangan parlimen lah senang citer.

Kem Team Building MPP. aku enjoy la jugak sebab tak pernah pergi kem kepimpinan kan haha.

with Dr Nadia Effendy - one of our Pharmacology lecturers.
She's got her PhD by the age of 25. Really adore her. Beauty with brain <3
(Dr belanja kitorang Domino's yeay!)

Hari last kat kampus lepas announce result. Terima kasih cikgu!

Kalau dah namanya ALKIS tu, memang selalu je ada program kat sana.
Yang ni program ALKIS Siswa USIM & UBK KISAS anjurkan untuk students form 5 & form 6.
Nak promote USIM gituu. First time sebenarnya aku join program alkis ni. 
Rasa lah semangat 'bumi waqafan' tu.


Mustaid! Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ali Muhammad.

My journey~





Tuesday, 1 September 2015

Cerpen... Ellina: A Story To Remember.



“Lynn!’ jerit Mak Timah. “Ya Mak Timah, Lynn datang ni” jawab Ellina yang lebih mesra dipanggil Lynn. “Apalah Mak Timah ni, kacau saja” omel Ellina sambil menyimpan semula gambar yang sedang dipegangnya ke dalam kotak kasut miliknya. Bukan dia tidak mampu untuk membeli sebuah kotak yang lebih cantik, tetapi dia berpendapat bahawa orang lain tidak akan membuka kotak tersebut melihatkan keadaanya yang sudah uzur. Di dalam kotak tersebut mengandungi segala surat pemberian kawan-kawannya dan gambar-gambar semasa berada di zaman sekolah menengah dulu. Ellina segera menolak kotak tersebut ke bawah katil dan berlari menuruni tangga banglo dua tingkat itu. 
                                                    ...............................................................

“Lynn, abah hantar Lynn sekolah dekat sini bukan sebab abah tak sayangkan Lynn, tapi sebab abah mahu anak abah ni belajar berdikari, belajar ilmu dunia dan ilmu akhirat sekali. Lynn jangan putus asa, abah tahu anak abah ni kuat. Belajar rajin-rajin dan capai cita-cita Lynn. Dah, jangan menangis kan dah comot make up tu.” Di samping memberi nasihat kepada anak kesayangannya itu, Encik Ismail sempat lagi berseloroh. Hati Ellina sedikit tenang mendengar nasihat abahnya. Umminya juga tidak ketinggalan memberikan motivasi dan peransang kepada anak tunggalnya itu. Walaupun terpaksa berjauhan dengan puteri kesayangannya, Puan Suria tetap akur dengan kehendak suaminya yang mahu anaknya itu belajar di sekolah lamanya dulu.

Setelah seminggu mendaftar di sekolah barunya, Ellina mulai serasi dengan kehidupan di asrama. Dia sudah boleh bergelak ketawa di samping teman-teman barunya yang datang daripada pelbagai negeri. Lynn juga dilantik memegang jawatan di sekolah dan asrama. Kredibilitinya sebagai seorang pengawas di sekolah lamanya terserlah.

“Kak De, tolong aku kiwi kasut ni sekejap, aku nak teman Ezza pergi tandas. Kalau boleh kiwikan semua kasut atas rak ni. Sayang Kak De!” terus berlari Ellina apabila Kak De mahu membaling kiwi yang dipegang ke arahnya. Mana tak geram dibuatnya, bagi betis nak peha pula. Tetapi itulah semangat bantu-membantu apabila tinggal di asrama, saling bekerjasama memantapkan ukhwah.

“Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Ellina Ismail, Allah selamatkan kamu...” tepukan gemuruh diberikan usai doa dilagukan. Tersentuh hati Ellina mendengarnya. Dia sama sekali tidak menyangka sambutan hari lahirnya akan begitu meriah walaupun jauh daripada gapaian ibu bapanya.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tanpa disedari sudah lebih setahun Ellina belajar di sekolah tersebut. Pada tahun ini, dia akan menduduki peperiksaan terpentingnya dalam sejarah persekolahannya. Dia bakal menduduki SPM. Walaupun begitu, dia bijak membahagikan masa agar segalanya seimbang. Di samping mengulangkaji pelajaran, Ellina tidak lupa untuk melakukan solat hajat agar dipermudahkan segala urusannya. Dia juga tidak lupa untuk mendoakan untuk ibu bapanya dan kawan-kawannya.

“Lynn, tolong ajar aku fizik, susahlah...” “Lynn, soalan Addmath ni macam mana nak selesaikan?” begitulah hidup Ellina sewaktu tinggal beberapa bulan lagi sebelum menghadapi SPM. Dia dijadikan rujukan kawan-kawannya lantaran kebijaksanaannya. Ellina tidak pernah lokek membantu kawan-kawannya malah berbesar hati apabila dapat membantu temannya. Dia juga berjaya membantu seorang kawannya mendapat A di dalam fizik semasa peperiksaan percubaan.

Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu oleh seluruh pelajar tiba jua. Hari di mana peperiksaan SPM akan berlansung. Sepanjang minggu peperiksaan berlansung, Ellina tidak jemu untuk terus membantu sahabatnya. Diterangkan mana yang tidak difahami, di ajarkan mana yang tidak boleh dilakukan. Dia juga mengambil keputusan untuk menyambut Hari Raya Haji di sekolah bersama rakan-rakannya memandangkan ianya adalah tahun terakhir bersama mereka. Ketika pertengahan minggu peperiksaan, Ellina juga ringan tulang membantu teman-temannya menguruskan jamuan kelas. Dia juga turut meluangkan masa untuk membeli-belah bersama kawan-kawannya. Dia tidak mensia-siakan peluang yang ada untuk mencipta memori manis bersama sahabat-sahabatnya.

Setelah tiga bulan berpisah, mereka bertemu semula di sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM. Bermacam ragam kelihatan, maklumlah sudah lama tidak bertemu. Masing-masing riuh berborak menceritakan kahidupan yang di lalui mereka setelah bergelar “SPM leavers” . Ada yang bekerja, tidak kurang juga ada yang sudah bertunang. Ellina segera mencari kawan-kawannya untuk mengetahui perkembangan mereka. Setelah berbual panjang, mereka sepakat mengadakan reunion pada 14 Mac 2019 bersamaan tarikh lahir Yasmin di dewan sekolah tersebut.

“Lynn!” suara Mak Timah yang kuat mematikan kenangan yang berputar di mindanya, seolah-olah baru semalam mereka berjumpa. “Ya Mak Timah, Lynn datang ni” jawan Ellina. “Daripada tadi cakap datang ni, datang ni, tapi sampai sekarang tak turun lagi” Ellina yang kebetulan mendengar bebelan Mak Timah segera mendakap tubuh Mak Timah yang dianggap sepertu ibunya itu. Terkejut Mak Timah apabila dipeluk secara tiba-tiba daripada belakang. Tidak jadi dia mahu meneruskan bebelannya apabila terpandang wajah anak majikannya itu. Sungguh dia menyayangi Ellina seperti anaknya sendiri memandangkan dia hidup sebatang kara apabila suami serta anaknya meninggal dunia akibat Leukimia. “Mak Timah, ada apa panggil Lynn turun? Nak ajak pergi pasar ke? Atau ada Mat Bangla cuba nak mengurat Mak Timah yang cantik ni?” itulah Ellina, perangainya yang suka mengusik orang lain tidak pernah luntur seiring umurnya yang meningkat. Tetapi, perangainya itulah yang menjadikan banglo mewah itu meriah. “ Ish Lynn ni, Mak Timah dah tualah sayang. Ni abah kamu telefon, suruh kamu bersiap.” “Nak pergi mana Mak Timah?” Ellina terus memintas percakapan Mak Timah. “Lynn, cubalah bagi Mak Timah habis cakap dulu, ni tak, menyampuk saja. Abah Lynn kata petang ni ada orang nak datang merisik kamu nak.” Terus terlopong mulut Ellina mendengarnya. Sungguh, berita itu amat mengejutkan dirinya. Tanpa menunggu penjelasan lanjut daripada Mak Timah, Ellina bergegas naik ke biliknya dan segera menelefon rakannya, Kak De untuk berkongsi berita mengejutkan itu. Petang itu seperti yang diberitahu abahnya, satu rombongon datang untuk merisik Ellina. Tetapi, majlis taaruf itu bertukar menjadi majlis pertunangan. Sekarang status Ellina bertukar menjadi tunangan orang. Walaupun begitu, Ellina tetap menjaga batas pergaulannya dan berusaha mempersiapkan dirinya untuk menjadi isteri mithali seperti umminya.

Lima bulan berlalu, kini tibalah hari yang dinantikan oleh Ellina dan rakan-rakannya, iaitu reunion mereka buat kali pertama secara besar-besaran. Kebetulan pula pada tarikh tersebut merupakan hari lahir Yasmin dan mereka semua sepakat menghadiahi Yasmin sebuah majlis perkahwinan yang di taja oleh mereka memandangkan Yasmin baru melansungkan pernikahan seminggu yang lalu. Segala tugas daripada menjemput tetamu hinggalah kepada dekorasi dewan dilakukan mereka semua. Terpancar sinar ukhwah yang terbina kerana Allah, ukhwah yang disulami kasih sayang dan sungguh erat diantara Ellina serta sahabat-sahabatnya sebiliknya. Muni bertugas untuk menjemput pasangan pengantin dengan menaiki helikopter, Aimi dan Ezza menyiapkan dekorasi dewan dan pelamin manakala Kak De serta yang lain menguruskan makanan dan jemputan. Ellina pula menjadi pengapit kepada Yasmin. Mereka bertungkus lumus bagi menjayakan hari yang bersejarah buat Yasmin. Setelah majlis selesai, Yasmin pula membuat kejutan dengan menghadiahi rakan-rakan baiknya itu percutian ke Pulau Seychelles.

Sekembalinya mereka daripada percutian, giliran Ellina pula untuk menamatkan zaman bujangnya. Majlisnya sungguh meriah ditemani rakan-rakan karibnya. Dia berdoa agar ukhwah yang terbina terus dipanjangkan sehingga ke syurga kelak. Amin.