Showing posts with label kapten munifah. Show all posts
Showing posts with label kapten munifah. Show all posts

Tuesday, 1 September 2015

Cerpen... Ellina: A Story To Remember.



“Lynn!’ jerit Mak Timah. “Ya Mak Timah, Lynn datang ni” jawab Ellina yang lebih mesra dipanggil Lynn. “Apalah Mak Timah ni, kacau saja” omel Ellina sambil menyimpan semula gambar yang sedang dipegangnya ke dalam kotak kasut miliknya. Bukan dia tidak mampu untuk membeli sebuah kotak yang lebih cantik, tetapi dia berpendapat bahawa orang lain tidak akan membuka kotak tersebut melihatkan keadaanya yang sudah uzur. Di dalam kotak tersebut mengandungi segala surat pemberian kawan-kawannya dan gambar-gambar semasa berada di zaman sekolah menengah dulu. Ellina segera menolak kotak tersebut ke bawah katil dan berlari menuruni tangga banglo dua tingkat itu. 
                                                    ...............................................................

“Lynn, abah hantar Lynn sekolah dekat sini bukan sebab abah tak sayangkan Lynn, tapi sebab abah mahu anak abah ni belajar berdikari, belajar ilmu dunia dan ilmu akhirat sekali. Lynn jangan putus asa, abah tahu anak abah ni kuat. Belajar rajin-rajin dan capai cita-cita Lynn. Dah, jangan menangis kan dah comot make up tu.” Di samping memberi nasihat kepada anak kesayangannya itu, Encik Ismail sempat lagi berseloroh. Hati Ellina sedikit tenang mendengar nasihat abahnya. Umminya juga tidak ketinggalan memberikan motivasi dan peransang kepada anak tunggalnya itu. Walaupun terpaksa berjauhan dengan puteri kesayangannya, Puan Suria tetap akur dengan kehendak suaminya yang mahu anaknya itu belajar di sekolah lamanya dulu.

Setelah seminggu mendaftar di sekolah barunya, Ellina mulai serasi dengan kehidupan di asrama. Dia sudah boleh bergelak ketawa di samping teman-teman barunya yang datang daripada pelbagai negeri. Lynn juga dilantik memegang jawatan di sekolah dan asrama. Kredibilitinya sebagai seorang pengawas di sekolah lamanya terserlah.

“Kak De, tolong aku kiwi kasut ni sekejap, aku nak teman Ezza pergi tandas. Kalau boleh kiwikan semua kasut atas rak ni. Sayang Kak De!” terus berlari Ellina apabila Kak De mahu membaling kiwi yang dipegang ke arahnya. Mana tak geram dibuatnya, bagi betis nak peha pula. Tetapi itulah semangat bantu-membantu apabila tinggal di asrama, saling bekerjasama memantapkan ukhwah.

“Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Ellina Ismail, Allah selamatkan kamu...” tepukan gemuruh diberikan usai doa dilagukan. Tersentuh hati Ellina mendengarnya. Dia sama sekali tidak menyangka sambutan hari lahirnya akan begitu meriah walaupun jauh daripada gapaian ibu bapanya.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tanpa disedari sudah lebih setahun Ellina belajar di sekolah tersebut. Pada tahun ini, dia akan menduduki peperiksaan terpentingnya dalam sejarah persekolahannya. Dia bakal menduduki SPM. Walaupun begitu, dia bijak membahagikan masa agar segalanya seimbang. Di samping mengulangkaji pelajaran, Ellina tidak lupa untuk melakukan solat hajat agar dipermudahkan segala urusannya. Dia juga tidak lupa untuk mendoakan untuk ibu bapanya dan kawan-kawannya.

“Lynn, tolong ajar aku fizik, susahlah...” “Lynn, soalan Addmath ni macam mana nak selesaikan?” begitulah hidup Ellina sewaktu tinggal beberapa bulan lagi sebelum menghadapi SPM. Dia dijadikan rujukan kawan-kawannya lantaran kebijaksanaannya. Ellina tidak pernah lokek membantu kawan-kawannya malah berbesar hati apabila dapat membantu temannya. Dia juga berjaya membantu seorang kawannya mendapat A di dalam fizik semasa peperiksaan percubaan.

Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu oleh seluruh pelajar tiba jua. Hari di mana peperiksaan SPM akan berlansung. Sepanjang minggu peperiksaan berlansung, Ellina tidak jemu untuk terus membantu sahabatnya. Diterangkan mana yang tidak difahami, di ajarkan mana yang tidak boleh dilakukan. Dia juga mengambil keputusan untuk menyambut Hari Raya Haji di sekolah bersama rakan-rakannya memandangkan ianya adalah tahun terakhir bersama mereka. Ketika pertengahan minggu peperiksaan, Ellina juga ringan tulang membantu teman-temannya menguruskan jamuan kelas. Dia juga turut meluangkan masa untuk membeli-belah bersama kawan-kawannya. Dia tidak mensia-siakan peluang yang ada untuk mencipta memori manis bersama sahabat-sahabatnya.

Setelah tiga bulan berpisah, mereka bertemu semula di sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM. Bermacam ragam kelihatan, maklumlah sudah lama tidak bertemu. Masing-masing riuh berborak menceritakan kahidupan yang di lalui mereka setelah bergelar “SPM leavers” . Ada yang bekerja, tidak kurang juga ada yang sudah bertunang. Ellina segera mencari kawan-kawannya untuk mengetahui perkembangan mereka. Setelah berbual panjang, mereka sepakat mengadakan reunion pada 14 Mac 2019 bersamaan tarikh lahir Yasmin di dewan sekolah tersebut.

“Lynn!” suara Mak Timah yang kuat mematikan kenangan yang berputar di mindanya, seolah-olah baru semalam mereka berjumpa. “Ya Mak Timah, Lynn datang ni” jawan Ellina. “Daripada tadi cakap datang ni, datang ni, tapi sampai sekarang tak turun lagi” Ellina yang kebetulan mendengar bebelan Mak Timah segera mendakap tubuh Mak Timah yang dianggap sepertu ibunya itu. Terkejut Mak Timah apabila dipeluk secara tiba-tiba daripada belakang. Tidak jadi dia mahu meneruskan bebelannya apabila terpandang wajah anak majikannya itu. Sungguh dia menyayangi Ellina seperti anaknya sendiri memandangkan dia hidup sebatang kara apabila suami serta anaknya meninggal dunia akibat Leukimia. “Mak Timah, ada apa panggil Lynn turun? Nak ajak pergi pasar ke? Atau ada Mat Bangla cuba nak mengurat Mak Timah yang cantik ni?” itulah Ellina, perangainya yang suka mengusik orang lain tidak pernah luntur seiring umurnya yang meningkat. Tetapi, perangainya itulah yang menjadikan banglo mewah itu meriah. “ Ish Lynn ni, Mak Timah dah tualah sayang. Ni abah kamu telefon, suruh kamu bersiap.” “Nak pergi mana Mak Timah?” Ellina terus memintas percakapan Mak Timah. “Lynn, cubalah bagi Mak Timah habis cakap dulu, ni tak, menyampuk saja. Abah Lynn kata petang ni ada orang nak datang merisik kamu nak.” Terus terlopong mulut Ellina mendengarnya. Sungguh, berita itu amat mengejutkan dirinya. Tanpa menunggu penjelasan lanjut daripada Mak Timah, Ellina bergegas naik ke biliknya dan segera menelefon rakannya, Kak De untuk berkongsi berita mengejutkan itu. Petang itu seperti yang diberitahu abahnya, satu rombongon datang untuk merisik Ellina. Tetapi, majlis taaruf itu bertukar menjadi majlis pertunangan. Sekarang status Ellina bertukar menjadi tunangan orang. Walaupun begitu, Ellina tetap menjaga batas pergaulannya dan berusaha mempersiapkan dirinya untuk menjadi isteri mithali seperti umminya.

Lima bulan berlalu, kini tibalah hari yang dinantikan oleh Ellina dan rakan-rakannya, iaitu reunion mereka buat kali pertama secara besar-besaran. Kebetulan pula pada tarikh tersebut merupakan hari lahir Yasmin dan mereka semua sepakat menghadiahi Yasmin sebuah majlis perkahwinan yang di taja oleh mereka memandangkan Yasmin baru melansungkan pernikahan seminggu yang lalu. Segala tugas daripada menjemput tetamu hinggalah kepada dekorasi dewan dilakukan mereka semua. Terpancar sinar ukhwah yang terbina kerana Allah, ukhwah yang disulami kasih sayang dan sungguh erat diantara Ellina serta sahabat-sahabatnya sebiliknya. Muni bertugas untuk menjemput pasangan pengantin dengan menaiki helikopter, Aimi dan Ezza menyiapkan dekorasi dewan dan pelamin manakala Kak De serta yang lain menguruskan makanan dan jemputan. Ellina pula menjadi pengapit kepada Yasmin. Mereka bertungkus lumus bagi menjayakan hari yang bersejarah buat Yasmin. Setelah majlis selesai, Yasmin pula membuat kejutan dengan menghadiahi rakan-rakan baiknya itu percutian ke Pulau Seychelles.

Sekembalinya mereka daripada percutian, giliran Ellina pula untuk menamatkan zaman bujangnya. Majlisnya sungguh meriah ditemani rakan-rakan karibnya. Dia berdoa agar ukhwah yang terbina terus dipanjangkan sehingga ke syurga kelak. Amin.

Tuesday, 26 August 2014

MUS.NET - 1st Gathering

assalamualaikum semua :)

our 1st gathering, yeah glad that we can meet again and have a super blast time.
So, for those yang x dapat join kerana kekangan waktu dan kesihatan
mari kita berkongsi rasa dan emosi bersama.
 Let's begin~

hehe 
the ideas of gathering pop up suddenly 
actually just main-main
then it become serious and we pick the date
confirm which house we're going to stay
what are we going to do
how many of us will join it
and all the 5W+1H questions are used in planning the trip.

Johor was the luckiest state as we choose to go there.
ahaha macam kedatangan kami membawa tuah pulak
di johor, ada 2 ahli musnet, cik athirah dan cik fasihah
terima kasih kepada mereka kerana menguruskan tempat tinggal kami dan kenderaan
serta segala hospitality. 
thanks a lot guys.

back to the story
on 11th August 2014 
geng kl, kelantan, pahang dan melaka tiba di terminal bas batu pahat
then kami mengambil bas yang kena tekan loceng tu ke parit raja
oleh kerana ini merupakan kali pertama menjejakkan kaki ke parit raja
semua was was bila nak tekan loceng tu. haha
then app waze sangat la membantu

sampai di parit raja, makan kfc dulu as welcoming party gitu.

then we are divided into 2 groups
ntok pegi beli barang nak masak
dan berehat di rumah
sebab malam nanti nak makan masakan bersama
how bersepah dapur rumah tirah
dikerjakan bakal-bakal pemegang ijazah kelas pertama ni
then that night, we had tomyam and telur dadar
our first night there ended at almost 2 am
after sesi mengorek rahsia
dan 
merancang trip untuk keesokannya

DAY 2
maaflar ya, maybe panjang sikit
huhu
woke up early and for breakfast, we had nasi goreng
in the afternoon, after got our rent car
kami menuju ke jay bee
Plaza Angsana- bowling
nampaknya first timer main, terus jadi juara
tahniah diucapkan kepada cik farwah
shopping sikit then ke danga bay
photoshoot kenangan katanya
bermacam gaya dan aksi
hahaha

time balik, singgah di ayer hitam
cik farah kita nak beli buah tangan untuk keluarganya
sampai rumah hampir pukul 11
semua penat dan mengantuk
terutama cik timah dan cik farwah yang merupakan driver terbaik
apa lagi, solat dah, perut pun kenyang, tido lah 

DAY 3 
wuhoo
day 3 sudah
hari ni mood raya pulak
pakai baju raya dan pergi beraya
haha bukan banyak rumah yang kami terjah
tetapi bonding yang kami kejar. cehh 
sesudah bersalaman dengan tuan empunya rumah
kami menuju ke rumah cik fasihah
there, we met with parents beliau
comel je dengar emaknya cakap jawa
hehe 
then cari kerepek bagi dibawa pulang
pembelian terpakasa dihadkan begi mengelakkan beg yang sedia ada kembung
daripada meletup dek terlebih muatan
haha

sebelum geng kl, kelantan dan pahang menaiki bus pulang
kami menyempatkan diri makan makanan popular di johor
mee bandung
disebabkan mengejar waktu
mee yang panas terus dimakan slurp slurp terus
tak sempat nak tunggu sejuk sikit
then berterbanganlah gadis-gadis muda ini ke TBS
tinggallah geng melaka
sebelum budak melaka balik 
sempatlah Cik farah mencari nasi beriyani bagi di bawa pulang

percutian kami di akhiri setelah geng johor pulang semula ke rumah mereka
we really had fun there
kepada yang tidak berkesempatan
mohon join gathering seterusnya
 kepada Cik aimi
selamat belajar di sana
 terima kasih semua atas segalanya



Tuesday, 4 February 2014

tesl? yeah tesl, upm!

Assalamualaikum
And good day 
everyone

lama blog ni sunyi daripada post. 
Hrmm, so saya akan hidupkan kembali. Hehe
what I got in my mind is TESL.(my course)

First of all, kepada yang tak tahu, I further my study in tesl
English teacher to be
dah nak masuk sem 2.
ada yang ask me, why on earth do you take tesl?
penat2 je blaja math, kimia, bio, fizik sampai asasi
lepas tu amek bahasa?
then I pun wonder lah jugak
but, this is what it called TAKDIR.

ok, memang mengaku mula2 rasa cam tak betul je,
tapi my dad insist me to take perguruan.
then I pun took tesl.
banyak cabaran rupanya 
first, kena amik ujian medsi kat upsi
but at the same time I got trip to uss, singapore
bayangkan lah dah bayar tiket hotel semua and then
lebur macam tu je.
rasa sedih coz first time nak melancong guna duit sendiri.
lepas first tapisan, then interview
first interview in my life
apalagi, gabra tak sudah
at the end, interviewer tu cakap
"Your english is quite terrible"
Ok, ingat tak dapat la
but surprisingly,  and alhamdulillah I got it

before first sem start
I had so many perceptions on my course
'Mesti sume orang cakap bi'
'Mesti aq x bole cope ngan diorang'
and many more
but alhamdulillah again
as my course mate are so awesome
We are called tesl babies by the senior.

I love them very much
we are 19 girls and 6 boys
and we had done many things together
I also learn russian as my add language.
tesl taught me many new things
ok not tesl only but palapes too.
palapes?
hehe akan diceritakan dalam entry yang lain

want to hear from others
where are you guys?

Tuesday, 25 June 2013

anggur or apple

assalamualaikum guys

semoga selamat dimana korang berada
saya sedang berasa bosan tidak terkira
so disini mahu mengkhabar berita

korang kat mana?
rindu semua...
kebelakangan ini (haha...sungguh bm) aku asyik terkenang memori lama...
rindu pulak nak buat itu, teringin nak buat ni, bla bla bla
seriously miss korang sesangat.

rindu nak makan makanan dm (maybe coz its free? hehe)
rindu nak pergi outing sesama even just pergi petronas
rindu nak diajar oleh mentor garang (take note cik salimi...just kidding )
and conclusionnya, rindu nak bersama korang lagi

korang,
aku rasa aku dah berubah
and perubahan yang aku rasa tak baik i guest
oh please pray for me to be strong
strong enough to face it all
ok,stop it here
hope to hear from you all

sorry just a-random-boring-stuff
glad to hear from you soon

p/s: korang yang tengah bercuti tu, anggur ke apple?

Sunday, 11 November 2012

UPM-Asasi Sains Pertanian

Assalamualaikum
dan selamat sejahtera

ok, truly jelous with tirah, lynn n min, aimi dan juga ezza.
so nak update pasal my study gak :)

Asasi Sains Pertanian, UPM
ada orang kata masuk sini nak jadi petani ke?
course ni kena pegang cangkul ke?
actually that perception are totally wrong.
Asasi sains pertanian or ASPer
adalah tempat untuk orang yang nak belajar sambil enjoy
seriously ENJOY.

but,
korang kena open minded lah
kat sini tak de biah solehah macam U yang ada I pada nama
masa ni lar kegunaan sahabat-sahabat
AMAT diperlukan

kitorang belajar 3 semester satahun
every sem dapat duit KPT :) (the best part)
subjek ?
math, fizik, bio, kimia,bi n agriculture.
3 kali exam termasuk final
untuk score, carry marks kena strong
test 1, test 2, lab report, quiz and tutorial kena score.

paling best kat sini adalah amali pertanian,
anda akan mengalami pengalaman yang tak pernah dirasai
bagi anak lembu minum susu, peluk kambing, harvest sayur, tanam padi
melawat kilang-kilang and many more.
lecturer always said, amali agric adalah untuk enjoy dan suka-suka
and I truly LOVE it.

jangan risau kalau nak sambung degree
InsyaAllah, once you are ASPER
there will be your place here.
nak sambung medik pun boleh
engineering, or what ever course in UPM
semua boleh
and of course, anda akan diutamakan.
kepada yang tak tahu nak sambung apa time degree macam saya
boleh apply ASPER

tahun ni (2012) ASPER ada pelajar seramai 670 orang
we were divided into 15 groups of lecture.
kiranya 1 kuliah, around 40-47 orang.
saya kuliah 8 Awesome!
memang bising dan havoc
31 girls and 13 boys. (nampak tak kepupusan tu)
kami dah banyak wat aktiviti sesama.
latest adalah running awesome
anjuran saya dan my friend.
BEST

saya tinggal kat kolej 13, mostly for student asasi.
did i mention that UPM is the largest u in southeast asia
so we have to take bus to go to academic area.
some of my friends are using bicycles.
we are not allowed to bring motor or car during first & second sem of asasi
but, luckily,
we all have our own schedule.
tak semua kuliah ada kelas setiap hari n start pagi
example, saya tida kuliah every friday
and ada kuliah yang start kelas pukul 11


my classmates

team mates masa war games

pengalaman pertama bagi makan atas tangan (geli sangat)

 my bestfriend (same class with same room)
salah satu pemandangan kat UPM
Ok,
thats all from UPM
although there a lot of things to be share,
but I have class at 11
menanti dari agent yang lain :)

sorry lambat publish
muet punya pasal :)

Sunday, 8 January 2012

berita dari saya

assalamualaikum
dear reader,

setelah lama menyepi
teringin berkongsi khabar berita
apa yang sedang saya lakukan
sehingga tiada masa untuk berFB

apa yang saya buat sekarang?
the answer is i'm now working
tapi saya hanya kerja sebulan jer
just nak cari experiance

pastu nak buat ape?
bulan 2 start driving lesson
hope tak payah nak ulang test
nak daptkan lesen dalam masa kurang 2 bulan
that's my target

bulan 3 lak?
result's time!!!
lepas dapat result my sis cakap dah sibuk
nak apply scholarship,
nak get ready ntok temuduga

buat masa ni itu adalah perancangan ntok 3 bulan nie
yang my mum dah rancangkan
hope reader boleh doakan saya kat luar sana
memang banyak dugaan kat dunia luar
kene berhadapan dengan pelbagai jenis orang
doakan saya masih kuat ntok mengekalkan
tarbiah bumi waqafan


seriously rindu ngan korang semua


p/s: nanges bila dengar suara farwah

wallahualam

Friday, 30 December 2011

masihkah-kau-ingat

pictures speak everything

dear reader,
td bru lps kmaskini gmba2 kt pendrive
too much memorable pitcha!!!
and I wanna share a little

kisas.olympic
hurmm...
best sngat

batch bezday party!!!
for the sis
yg lhir bln 1&2

maulidur.rasul
walaupun x dpt tmpr prtama
tp kita mmg best

n last but not least
cross.country
omar ttp mntp dismpg kjuaraan rmah-rumah laen
smoga smgt kesukanan kita diteruskan
tnpa,
mengabaikan ukhwah yg trbina

skian ntok entry kli nie

wallahuala,

kitakan-adik-beradik

assalamualaikum
dear reader,

dalam sama-sama kongsi pengalaman
sepanjang bergelar plajar kisas sbt~
mesti seronok dpt baca coretan kawan-kawan
dan semestinya,
coretan itu membuat kita rasa dihargai!

perkenalan dri 020210 hingga 131211
byak kngan pahit manis kat sini
apa kenangan manis di kisas?
siapa yang kamu nk brtrima kasih?
tragedi plg brdrh kt kisas?
siapa kp yg plg anda syg?
psgn kwn yg plh caring?

tentu dh trgmbr jwapan2 persoalan td
huh! 
rindunyer ngan korag sumer
mlm aritu ade mimpi
nmpk bbrpa ahli musnet.blogspot
kite satu U lar!!!
ezza, izzah kita stu course!!!
kita.memang.best

hope,
sama-sama kita gempakkan blog ini
smoga ukhwah kita tetap kekal
walaupun berjauhan:(

wallahualam