Tuesday, 26 August 2014

MUS.NET - 1st Gathering

assalamualaikum semua :)

our 1st gathering, yeah glad that we can meet again and have a super blast time.
So, for those yang x dapat join kerana kekangan waktu dan kesihatan
mari kita berkongsi rasa dan emosi bersama.
 Let's begin~

hehe 
the ideas of gathering pop up suddenly 
actually just main-main
then it become serious and we pick the date
confirm which house we're going to stay
what are we going to do
how many of us will join it
and all the 5W+1H questions are used in planning the trip.

Johor was the luckiest state as we choose to go there.
ahaha macam kedatangan kami membawa tuah pulak
di johor, ada 2 ahli musnet, cik athirah dan cik fasihah
terima kasih kepada mereka kerana menguruskan tempat tinggal kami dan kenderaan
serta segala hospitality. 
thanks a lot guys.

back to the story
on 11th August 2014 
geng kl, kelantan, pahang dan melaka tiba di terminal bas batu pahat
then kami mengambil bas yang kena tekan loceng tu ke parit raja
oleh kerana ini merupakan kali pertama menjejakkan kaki ke parit raja
semua was was bila nak tekan loceng tu. haha
then app waze sangat la membantu

sampai di parit raja, makan kfc dulu as welcoming party gitu.

then we are divided into 2 groups
ntok pegi beli barang nak masak
dan berehat di rumah
sebab malam nanti nak makan masakan bersama
how bersepah dapur rumah tirah
dikerjakan bakal-bakal pemegang ijazah kelas pertama ni
then that night, we had tomyam and telur dadar
our first night there ended at almost 2 am
after sesi mengorek rahsia
dan 
merancang trip untuk keesokannya

DAY 2
maaflar ya, maybe panjang sikit
huhu
woke up early and for breakfast, we had nasi goreng
in the afternoon, after got our rent car
kami menuju ke jay bee
Plaza Angsana- bowling
nampaknya first timer main, terus jadi juara
tahniah diucapkan kepada cik farwah
shopping sikit then ke danga bay
photoshoot kenangan katanya
bermacam gaya dan aksi
hahaha

time balik, singgah di ayer hitam
cik farah kita nak beli buah tangan untuk keluarganya
sampai rumah hampir pukul 11
semua penat dan mengantuk
terutama cik timah dan cik farwah yang merupakan driver terbaik
apa lagi, solat dah, perut pun kenyang, tido lah 

DAY 3 
wuhoo
day 3 sudah
hari ni mood raya pulak
pakai baju raya dan pergi beraya
haha bukan banyak rumah yang kami terjah
tetapi bonding yang kami kejar. cehh 
sesudah bersalaman dengan tuan empunya rumah
kami menuju ke rumah cik fasihah
there, we met with parents beliau
comel je dengar emaknya cakap jawa
hehe 
then cari kerepek bagi dibawa pulang
pembelian terpakasa dihadkan begi mengelakkan beg yang sedia ada kembung
daripada meletup dek terlebih muatan
haha

sebelum geng kl, kelantan dan pahang menaiki bus pulang
kami menyempatkan diri makan makanan popular di johor
mee bandung
disebabkan mengejar waktu
mee yang panas terus dimakan slurp slurp terus
tak sempat nak tunggu sejuk sikit
then berterbanganlah gadis-gadis muda ini ke TBS
tinggallah geng melaka
sebelum budak melaka balik 
sempatlah Cik farah mencari nasi beriyani bagi di bawa pulang

percutian kami di akhiri setelah geng johor pulang semula ke rumah mereka
we really had fun there
kepada yang tidak berkesempatan
mohon join gathering seterusnya
 kepada Cik aimi
selamat belajar di sana
 terima kasih semua atas segalanya



Tuesday, 8 July 2014

End of 1st Year FPSK

Assalamualaikum w.b.t. Ramadhan Kareem !

Sebelum menulis entry kali ini, aku terbaca post2 aku yg terdahulu. Malu rasanya. Ayat memang tak matang haha.

Hari ini, aku telah pun tamat belajar Perubatan tahun satu. Aku seperti tak percaya aku mampu mengharungi semua ini. Sungguh aku tak tipu, memang banyak dugaan.

Selalu aku terpikir, “macamana agaknya belajar medic kat usim ni?. Lecture notes ada ke takde? Guna buku rujukan yg macam mana?” Alhamdulillah, senior2 banyak membantu. Memang terlalu banyak wang yang aku keluarkan untuk membeli bahan rujukan namun aku tetap bersyukur kerana yuran pembelajaran di sini murah berbanding di luar sana.

Lecture Hall 1st year

Rasanya ini kali pertama aku merasai suasana pembelajaran yang dipenuhi dengan senior lelaki yang seperti kebapaan. Serius. Selama aku berada di bangku sekolah, tidak pernah aku menemui lelaki-lelaki sebegini. Tambahan pula dengan status pelajar perubatan, maka bertambahlah rupa kebapaan di wajah mereka. Aku berasa seperti tahun satu itu umpama pelajar darjah satu. Rata-rata rakan lelaki aku masih keremajaan. Tidak, semua masih lagi seperti remaja. Memang bagaikan langit dengan bumi jika hendak di bandingkan dengan para senior.

Pada awalnya, aku tidak dapat menyesuaikan diri sebagai seorang pelajar medik. Jadualnya begitu padat. Hampir setiap hari ada kerja. Kalau tiada pun, kami tetap perlu study untuk mengulangkaji pelajaran yang lepas. Tapi, disebabkan aku hanyalah manusia biasa yang mempunyai nafsu, kadang-kadang aku tidak study. Penat. Otak aku penat. Aku bukanlah seorang pelajar yang rajin seperti rakan-rakan aku yang lain. Mujur baru-baru ini tahap kerajinan di dalam diri aku meningkat 55%.

Meja study ku...

Di sini juga kali pertama aku diajari oleh pensyarah yang bukan warganegara Malaysia. Orang kata, mereka dari Mesir. Cara mereka mengajar amat berbeza dengan pensyarah Malaysia. Setiap kali mereka mengajar, tidak pernah aku melihat semangat mereka luntur. Mereka seolah-olah ghairah untuk memberi ilmu. Kalimah bismillah tidak pernah lekang daripada mulut mereka. Subhanallah.

Oh ya, aku ada jugak dengar yang orang kata, belajar medic ni umpama katak di bawah tempurung. Tidak tahu-menahu isu semasa. Nerd. Ulat buku. Takde life. Hmmmm macamana harus aku terangkan ya? Disebabkan apa yang kami belajar ini berkaitan dengan nyawa manusia, maka kami harus serius. Adakah anda mahu doktor yang merawat anda itu seorang yang cuai? Tidak bertanggungjawab? Pasti tidak!

Tingkat atas rumah kami

Ada satu lagi perkara yang membuat aku berasa tidak layak untuk bergaul dengan orang lain. Ramai org menganggap bahawa pelajar medic ni seorang yang sombong, bongkak – “budak medic ni pandai…. Ktorg ni tak pandai cam korg. Course pun x lah sehebat medic.” Ayat2 macam nilah yang buat aku rasa down. Aku tak rasa ada gap antara kita tak kiralah apa course yg korg amik. Asalkan korg berjaya dlm bidang korg, korg sudah dianggap hebat. Plus, niat kita belajar ni sebab apa sebenarnya?

So, camana? Apa pendapat korang? Aku sebenarnya tak larat nak taip panjang-panjang. Mungkin entry aku kali ini agak berterabur. Bahasa juga tunggang-langgang. There’s so much more that I wanna tell u guys but I couldn't. For me, studying medicine here, in USIM, is one of the greatest opportunities that Allah gave me. Aku sangat yakin pasti ada hikmah kenapa Allah tidak mengizinkan aku untuk belajar medic di luar negara.



Doakan kami ya?


Mustaid! Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ali Muhammad!

My journey~

Tamhidi Perubatan (Part 1) & (Part 2)
Tahun 2 Medic
Tahun 3 Medic