Showing posts with label izzah aida. Show all posts
Showing posts with label izzah aida. Show all posts

Wednesday, 28 March 2012

Kerja...rumah!

Dearest sahabat...
Dah lama saya tak bukak blog ni (sejak tamat PLKN...hehe). Lalu pagi ni, Allah S.W.T. telah menggerakkan hati saya untuk membuka blog ni. Bila bukak je blog ni, terus teringat dekat korang semua...rindu sesangat. 

Kalau dalam post lama sebelum ni, saya ada cerita tentang kehidupan di PLKN, sekarang saya nak cerita pasal kehidupan lepas PLKN pulak alang-alang saya dah bergelar ex-wirawati. Sekarang ni, memang duduk je kat rumah...(rasa-rasanya, sahabat-sahabat pun macam tu jugak kan? kecuali yang pergi kerja la.) Tapi bila duduk kat rumah ni, saya rasa sunyi...sangat sunyi. Tak ada orang lain melainkan saya dan ayah saya kat rumah ni. Itu pun ayah saya selalu duduk je dalam bilik dia dan buat kerja PHD dia tu.

So, apa yang saya buat? Dengan perintah daripada ibu tercinta ; Rohaiza Osman, saya menjadi suri rumah sepenuh masa. Bangun pagi, lepas subuh, saya akan cuba untuk masak sarapan untuk saya dan ayah saya...hehe...tapi biasanya ayah pergi beli je kat kedai mamak (roti kosong, roti telur, tosei dengan nisbah 2:2:2). Tapi bila selalu sangat, saya rasa bersalah pulak...macam menyusahkan pun adalah! Jadi saya mengambil inisiatif untuk masak sendiri sarapan-sarapan pagi yang ringkas dan mudah. Antaranya roti sosej celup telur yang sedap tu...lepas ni nak try buat lempeng kelapa pulak. Harap-harap jadi, lagipun ayah baru beli kuali jenama tefal yang dalam iklan tak melekat tu. Serius, memang tak melekat! (promote tefal..hehe).

Lepas tu, saya akan sidai baju, basuh baju kotor (nasib baik ada mesin basuh...), lipat baju yang dah kering (sambil tengok citer Nora Elena kat TV3) dan masa lapang digunakan untuk bukak internet ( facebook, biasiswa, fikir masa depan..hehe.). Untuk makan tengahari pun sya akan cuba masak simple je...biasanya berpandukan buku resepi. Lepas tu, banyak lagi kerja-kerja rumah yang saya perlu lakukan @ terpaksa? hehe...(kemas rumah, mop lantai, basuh pinggan etc.). Sampaikan adik saya sendiri berkata "Kak Da ni dah macam bibik!". Hm...entahlah...ye lah kot.

Tapi...tapi kan sahabat-sahabat...
Bila saya buat semua tu, baru saya rasa macam apa yang MAK saya rasakan selama ni. Mungkin tak sepenuhnya( sebab mak kerja dan pada masa yang sama kena jaga anak-anak lagi kan?) Tapi, serba sedikit pengalaman tu saya dapat. Memang penat buat kerja-kerja tu tiap-tiap hari...tapi saya terfikir, macam mana mak saya boleh bertahan? Dah lebih 15 tahun, mak jaga Aida dengan yang lain, macam mana mak boleh bertahan. Diulang sekali lagi...MACAM MANA MAK BOLEH TAHAN SEMUA TU? Memanglah...kasih ibu tu tidak terhingga. Bila saya muhasabah diri, betapa kagumnya saya rasa terhadap ibu saya, kuatnya ibu saya menghadapi dugaan. WOMAN is POWER! betul tak?


saya, mak saya yang POWER(hehe...) dan adik 

Oleh sebab itu, di samping cita-cita saya nak jadi seorang isteri solehah(hehe...), ada sesuatu yang perlu saya lebih utamakan iaitu MENJADI ANAK SOLEHAH. Saya nak jadi macam mak saya yang POWER tu..ehehe...(Saya pasti mak@ibu@ummi sahabat-sahabat pun macam tu kan?) Dengan itu, marilah kita sama-sama mendoakan kedua ibu bapa kita selalu! Ingatlah bahawa...kasih ibu hingga ke syurga, kasih bapa tiada tara...with that, thank you.


p/s : mak kata, waktu-waktu camni lah nak belajar masak...nanti kalau dah masuk universiti nanti, boleh masak sendiri, jimat duit belanja. :-) & header tu, kita baru buat semalam. kalau ada apa-apa comment bagitaulah supaya saya boleh meningkatkan potensi diri saya...hehe 

Friday, 20 January 2012

Coretan saya di...

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum.

Dearest sahabat,

 Pertamanya dan selamanya, marilah kita merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih dapat bernafas dan menjalankan tanggungjawab kita sebagai manusia di muka bumi ini. Selawat serta salam buat nabi junjungan, Nabi Muhammad S.A.W. kerana dengan jerih payah baginda kita dapat merasai dua nikmat yang terbesar dalam dunia kini iaitu nikmat iman dan islam. Alhamdulillah...

Sudah tiga minggu sejak kali pertama saya menjejakkan kaki ke Kem PLKN Tasik Meranti, Wang Kelian, Perlis. Itu bermakna sudah tiga minggu saya meninggalkan permandangan rumah yang kini diganti dengan permandangan Banjaran Nakawan yang indah dan selalu diselubungi kabus terutamanya pada waktu subuh dan malam. Dalam coretan kali ini, insyaallah saya akan menceritakan serba sedikit pengalaman sepanjang tiga minggu berada di sana.
Pada 02 Januari 2012, setelah menaiki bas dari Stadium Utama Kangar ke Gua Kelam dan menaiki van dari Gua Kelam ke Kem PLKN Tasik Meranti, saya berada di tempat yang asing. Walaubagaimanapun, Allah S.W.T telah membantu saya dalam proses menyesuaikan diri dengan memberi saya sahabat-sahabat baru yang baik  yang memahami jiwa saya. antaranya Shazana dan Umi Sarrah dari SMS Tuanku Syed Putra, Nazihah dari SMKA(P) Kangar dan  Nurul Izzah dari Maktab Mahmud Alor Setar (Dia kata dia kenal Kak De...ha3). Alhamdulillah, proses penyesuaian diri amat singkat.

Walaubagaimanapun, salah satu cabaran yang berat di sana, memakai tudung sepanjang masa (Alhamdulillah, saya masih dapat mengharunginya, tolong doakan saya sahabat-sahabat). Hal ini adalah disebabkan adanya pelatih-pelatih Cina (Salah seorang daripada mereka, katilnya di sebelah katil saya. Namanya Shiow Ling). Selain itu, aktiviti pagi bermula pada jam 6.30 pagi. Di bawah saya tuliskan jadual harian pada hari Isnin sampai Jumaat.

6.30 pg : PT pagi (berbaris pagi/roll call, buat senam seni 1 Malaysia/ larian pagi 3.2 km)
7.30 pg : sarapan pagi
8.30 pg : Kelas Multiskill dalam kelas (Belajar macam-macam tentang diri sendiri dan orang lain, aktiviti best, duduk atas lantai macam budak-budak tadika...hi3 dan macam-macam lagi)
10.30 pg : Minum pagi (lepas tu sambung kelas sampai 12.30 )
12.30 tgh hari : makan tengahari( lepas tu rehat sampai 2.30)
2.30 ptg : kelas fizikal ( biasanya di padang kawad, belajar kawad, tempur tanpa senjata etc. disebabkan ini muka saya dah burn. ha3)
4.30 ptg : minum petang dan rehat.
5.30 ptg : riadah
6.30 ptg : makan malam dan rehat
9.30 mlm : minum malam dan roll call. (Kadang -kadang berkumpul pukul 8.00 mlm kalau ada aktiviti/ceramah)

Selepas itu boleh tidur dengan nyenyaknya ( sebab penat dan cuaca kat sana sejuk sangat kalau waktu malam)

Peristiwa yang paling saya tidak dapat lupakan di sana ialah peristiwa  salah seorang cikgu kompeni ( saya berada dalam kompeni Charlie) bertanyakan kepada saya sama ada saya mahu menjadi sarjan atau koperal dan adakah saya sanggup untuk menggalas tanggungjawab tersebut. Jika saya cuma menyebutkan satu perkataan iaitu "YA", maka saya akan mendapat pangkat di atas bahu saya. Apa jawapan saya? Saya menjawab "TIDAK" walaupun hati saya teringin mendapatkannya. Hal ini adalah kerana dalam kelas multiskill, saya telah belajar untuk lebih mengenali diri saya. 

"Boleh sahabat-sahabat bayangkan, Izzah Aida menjerit, memarahi teman-temannya yang lewat berbaris, atau memberi arahan baris sedia dan senam diri semasa kawad?"

Bila difikir-fikirkan balik, saya tidak akan sanggup untuk berbuat demikian kerana itu bukan diri saya. Pada hari pemakaian pangkat, walaupun saya berada di belakang, namun saya lega kerana dua sebab. Yang pertama kerana saya berpuas hati dan sama sekali tidak menyesal atas keputusan yang saya buat dan yang kedua, saya tak perlu bersalam dengan komanden kem tersebut (bukankah lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tidak boleh bersentuhan?)

Walaubagaimanapun, selepas itu saya dipilih untuk menjadi biro dakwah atau biro musolla yang selama ini selalu disebut-sebut sebagai jawatan tetap pelajar-pelajar KISAS di PLKN. Alhamdulillah...

Setakat itu sahaja coretan saya. Sebenarnya, banyak lagi yang hendak saya ceritakan tetapi ia tidak dapat digambarkan melalui kata-kata. Kesimpulannya, PLKN memang best! (walaupun penat...) Untuk masa yang masih tersisa, saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang dai'e selain menikmati sepenuhnya aktiviti-aktiviti yang disediakan di sana.

P/S: saya tak sabar nak pegang M-16 lepas raya cina ni. :-)


Sunday, 25 December 2011

Header-Izzah

Dearest sahabat...
dah lama x jumpa korang
rindu kat dorm E15 
anyway...saya dah buat header baru (dlm keadaan tergesa2)
sori klu x lawa. saya akan cuba mempertingkatkan usaha untuk memperindah blog ni dgn minx adik saya (yang ada blog yg sgt cantik) ajar saya mcm mana nk cantikkan blog ni. insyaallah...
may Allah bless you all...