Monday, 5 November 2012

USIM - Tamhidi Perubatan


Assalamualaikum semuanya. Rakan2 saya begitu teruja memaklumkan ttg course mereka. Oleh itu, saya turut teruja untuk menceritakan serba sedikit ttg course yang saya ambil – perubatan.


*main gate - arah kiblat
Sejujurnya, my first choice during I filled in the UPU was asasi pintar UKM. But, never mind, I heard that the payment for the enrollment fee was like RM1000.

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada-Nya kerana menempatkan saya di USIM walaupun plilihan USIM Tamhidi Perubatan ini merupakan pilihan kedua. Pelbagai cabaran yang harus ditempuhi memandangkan bilangan pelajar sewaktu zaman saya dlm bidang perubatan ni ialah 100++ dan pihak USIM hanya akan mengambil sebanyak 80-90 org pelajar sahaja untuk sambung degree dlm medical. Kami semua sgtlah terkejut kerana kami fikir bahwa kami semua akan dpt menyambung degree dlm medical memandangkan kami semua tergolong dalam tamhidi perubatan. Akan tetapi, pelajar2 dalam tamhidi perubatan akan diberi keutamaan untuk menyambung degree dlm medical dgn syarat2 tertentu.

*end of sem!
Syarat2 untuk melayakkan anda menyambung ijazah sarjana perubatan di USIM ialah MUET Band 4 dan juga pointer >3.5 (average pointer first n second sem).

Subjek bagi pelajar tamhidi perubatan sama saja seperti tamhidi pergigian dan sains n teknologi, tetapi credit hours bagi subjek English kami ialah 4 jam. Itu bermakna kami akan belajar lebih masa berbanding course lain dan sering pulang lewat ke asrama (okey agak hiperbola di situ).

Sebenarnya tamhidi ni sama saja dgn asasi, matriks, STPM, etc. – tempoh pembelajaran sgtlah padat dan mampat. Seperti apa yg Salimi tlh katakan dahulu, (klik sini) mmg kami akan mula pembelajaran jam 8.30am dan berakhir pd 5.30pm, tetapi itu ikut hari lah. Bukan semua subjek akan belajar dlm satu hari. Kadang2 kami akan pulang jam 4.30pm akan tetapi, bas tetap akan muncul jam 5.00pm untuk membawa kami pulang ke asrama. Sewaktu menaiki bas, pelbagai cabaran harus ditempuhi – semua org berasak-asak mahu menaiki bas dan saling bertolakan. Tapi saya tak kisah, yg penting saya dpt pulang ke asrama dgn selamat. Sepanjang saya berada di sini selama 5 bulan, saya telah hilang berat badan sebanyak 4kg! Wow! Ini suatu rekod yang amat saya banggakan!



Asrama bagi pelajar tamhidi sangatlah jauh dengan kampus kami, hampir 15km. Oleh itu, kami dibenarkan oleh pihak USIM untuk membawa kenderaan sendiri sekiranya mahu.

*asrama
Saya sangat suka dgn asrama bagi pelajar tamhidi kerana kami bukan tinggal di asrama sebaliknya di rumah apartment. Lengkap segala-galanya except the washing machine and the tv. Saya amat bersyukur kerana saya tak perlu lagi berebut-rebut tandas seperti di asrama zaman sekolah dahulu. Homework yang kami terima setiap hari amatlah banyak. So, it’s useless if we have a television in our house because we won’t use it. Kalau kami nak berhibur sekalipun, cukuplah sekadar menonton cerita2 dlm laptop kami. Kebiasannya kami (saya dan housemates) akan berhibur sewaktu hujung minggu sahaja. Hari lain, busy, mengalahkan PM.


Subjek yg saya paling suka ialah Quranic and Hadith Studies in Science! Subjek ni ala2 PQS tp lagi mendalam. Dan paling penting, kami belajar dalam bahasa arab. Maka, masa jawab exam pun dlm bahasa arablah. Tapi jgn risau, bahasa arabnya tidak terlalu tinggi. Kami juga ada menghafaz beberapa ayat Al-Quran dan hadith.

Untuk pengetahuan anda semua, markah bagi setiap semester kami dikumpul dari awal kami mula belajar lagi. Setiap test, lab report dan kuiz akan dikumpul sebagai carry marks sehinggalah akhir sem. Jadi, kami perlu serius dlm segala test yg kami jawab.

Housemates saya sangatlah best dan paling penting, kami semua saling makan secara berjemaah pd waktu petang selepas pulang dr kampus. Dan kami sering solat secara berjemaah. Amalan memberi tazkirah setiap kali selepas usai solat Maghrib turut diadakan. Alhamdulillah, kami masih dpt hidup dalam nikmat Iman dan Islam sehingga hari ini. Belajar di USIM bagi saya amat menguntungkan kerana pelajarnya wajib menutup aurat di samping banyak program ilmiah diadakan oleh pelajar degree. 


Sejujurnya, saya menyarankan anda semua belajarlah di USIM walaupun universiti ini masih baru lagi beroperasi!


*entrance of the library

*seminar bersama Prof Muhaya

*sebahagian pelajar perubatan
*makmal fizik
*dissection of rat
*biology. nampak conteng2 tu? tu.... eheh

*housemates <3

*iftar di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan


*lagi housemates


*kelas tutorial

 Mustaid! Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad!

UPDATE! (15/6/2016)
Diingatkan bahawa zaman tamhidi sekarang mungkin berbeza dengan apa yang saya ceritakan di atas ini. Thank you!

My journey:

Tamhidi Perubatan (Part 2)

Alhamdulillah dapat teruskan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri (MBBS)
Tahun 1 Medic
Tahun 2 Medic
Tahun 3 Medic

9 comments:

Anonymous said...

terbaik medic. Go medic medic. Nanti kita bukak pust memamdu sama sama farwah :-) muahaha amin. Tetiba aimi ni. Hehe.

Angry bird.

musnet.blogspot said...

sy pun blaja c3 n c4 plant..
ngee~
btw,nice :)

trah~

musnet.blogspot said...

btw,apsal tjuk entry muet band 12??

lin~ said...

farwah -.-

this entry is really ohhhseeeemmm. tibe2*

FARIESHA FARHANNA said...

salam akak,menarik entry ni,sangat2 membantu ..just saya nak tanya,nak masuk USIM ni bagi lepasan SPM mcm saya kena ada basic arab ke? (ambil subjek arab dlm spm) ..kalau tak ambik bagaimana?

Anonymous said...

Wassalam. Aah memang kena ambik arab waktu SPM. Kalau tak, tak boleh masuk usim huhu.

Unknown said...

just asking , what the subjects that we will learn in tamhidi perubatan??

Unknown said...

Salam akak subjek apa je yang kena belajar dalam bahasa arab nanti?

musnet.blogspot said...

@syuhada bahari, basically the subjects learned in tamhidi perubatan is the same as tamhidi pergigian dan tamhidi sains & teknologi; biology, chemistry, physics, maths, english, arabic, ict & quranic science. but the contents are a bit advanced than what we learned during SPM :)

@iman fatihah, dua subjek je dalam arab - subjek arab dan quranic science.

- farwah