Saturday, 16 June 2012

Umat Islam sentiasa boleh!

26 Rejab 1433H
16 Jun 2012M

Assalamualaikum semuanya :)

Sudah hampir sebulan saya bergelar mahasiswi, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun terkadang tekanan melanda :)

Sedikit sahaja info daripada saya untuk kamu semua.

Perbezaan riak, takabbur dan ujub.

Riak = Perbuatan menunjuk-nunjuk.
           Contoh : Derma sejumlah wang yang banyak depan orang ramai.

Takabbur = Perasaan dalam diri sendiri yang dirasakan lebih bagus daripada orang lain.
                   Contoh : "Malas aku nak dengar cakap dia. Bukannya baik sangat dia tu. Aku lagi bagus."

Ujub = Hairan dengan kehebatan diri sendiri.
            Contoh : "Eh soalan exam tadi kau boleh jawab tak?"
                          "Susahlah. Aku sangkut kat soalan tu tadi. Aduh, habislah aku. Mesti aku gagal lagi."
                          "Eh aku jawab senang je. Ni mesti kau tak baca soalan tu betul-betul."

Tahukah anda, ibu kepada segala sifat mazmumah ialah TAKABBUR???
Tahukah anda, bahan bakar yang pertama di neraka ialah orang-orang yang TAKABBUR???

Astaghfirullah.

Dalam sebuah hadis Qudsi, diriwayatkan oleh Saad Al-Khudri dan Abu Hurairah,
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:

Allah berfirman: Kesombongan itu selendangKu, kebesaran (megah) itu pakaianKu, barangsiapa yang mencuri pakaianKu, akan Aku lemparkannya ke dalam neraka."

Astaghfirullah.

Bagaimanakah aku nak kenal pasti bahawa aku mempunyai sifat takabbur dalam diri aku?

1- Kurang berdoa kepada Allah
2- Tidak menunaikan solat ATAU melengah-lengahkan solat. (Astaghfirullah)
3- Mudah terasa hati dan melukai hati orang lain.
4- Sukar memberi dan meminta maaf.
5- Suka potong kata-kata (pandangan) orang lain.
6- Suka orang lain mendengar kata-katanya tetapi BENCI mendengar kata-kata orang lain.
7- Gila kuasa.
8- Sering up-to-date dengan fashion terkini, dan akan memastikan bahawa dialah orang pertama yang menggayakan fashion terkini.




Semoga Allah memberkati hidup kita semua.
Wassalam.

Mustaid! Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad.




No comments: