Wednesday, 27 July 2016

Pasrah.

Assalamualaikum :)

Pernah hidup diuji Allah?

Ya.Semestinya setiap manusia,pasti ada dugaan masing2.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?[2]. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(Surah al-ankabut)

Disini nk share pengalaman.Rasa macam diuji bertubi-tubi dalam jangka masa yg dekat.
*Ni kisah yg baru berlaku,xde kaitan dgn kisah2 lama:3

Mungkin dari sini,kita sama2 boleh amek pengajaran.
Mungkin anda semua boleh sumbang nasihat pada saya yg byk kekurangan ni.
Mungkin di sini,boleh kurangkan burst up saya T.T

Disini saya ceritakan ujian yg dtg dlm minggu berturut-turut. 

Minggu 1

Al-kisahnya bermula minggu last sebelum minggu Raya Aidilfitri.
Time tu aim nk issue denture( last stage utk bagi gigi palsu dkt pesakit stlah berbulan-bulan bertungkus lumus nak siapkan).Aim nk bgi minggu ni sbb nk bgi pakcik tu beraya dgn gigi palsu baru. lagipun minggu tu minggu last ade session clinic utk 3rd year.Time tu jgk ramaii batchmates yg nk issue denture jgk.

Hari isnin,panggil  patient,nk issue.Tup tap,ada masalah occlusion(gigi palsu atas dan bawah tak dapat gigitan sempurna)*Its a big issues T.T

Modified punya modified,smpi abes wktu clinic,xsempat. Frust.Bilamana kwn2 yg lain ramai issue denture time tu,semua lepas,kecuali aku !
"Tak pe takpe,cuba request dgn Dr nk session clinic hari rabu. Nk issue denture balik" bisik dlm hati.
Nasib baik Dr faham then again in Wednesday.

Again n again modified xdpt jugaaa T.T and the Dr said " I'm sorry dear, but you cant issue this denture. It need more modification which requires more time" Dr perempuan tu tepuk perlahan belakang. Serius sebak. Tak dpt nk pndng muka Dr.Banjir agaknya kalau pndng muka Dr(I know she is trying to help me,but I have made a big mistakes in that denture)

"Takpe takpe, kita ubah lagi lepas awk naik cuti sem baru ea bulan 9 nnt" kata pakcik tu

Hanya mmpu tersenyum dan mnta maaf kt pakcik tu sbb xdpt bagi dia beraya dgn gigi palsu baru:(

Pulang ke kolej.Hampa...

Pasrah.
 Gigi palsu pakcik yg tak sempurna bila dipakai :(

Minggu 2

Minggu ni lah nk raya,minggu ni lah study week T.T
Perasaan nk raya tu kan,ya Allah. Tuhan je tahu.

Serba salah dibuatnya nk study ke raya? mana mungkin nk study sungguh2 walhal mak adik sibuk uruskan rumah utk raya. Dan mana mungkin tak baca langsung,sbb ada satu subjek ni,final exam General Medicine General Surgery(GMGS),msti lulus. If not, you have to repeat year T.T

SO,study apa termampu. Apa pun xleh nk cover up 1 year syllabus utk subjek GMGS tu. Subjek lain semester test biasa.So yg lain2 lagi lah xbaca apa pun !
What to expect to revise in 1 week for those subjects? Usaha termampu dan tawakal je :(

Nak nak pulak 1st day raya,mcm nk demam :( ya Allah time tu risau sgt sbb study kemana,next weeknya ade exam.so,byk berehat drp beraya.

Pasrah.
Raya vs Study?

Minggu 3

Exam week. Demam yg mcm dah nk ok minggu lepas,rase mcm dtg balik
Mlm selasa tu selsema. Makan ubat tido on time,sbb tkot lagi melarat esoknya nk exam. Bila mkn ubat selsema,mmg susah la nk stay up or wake up early.
Mlm rabu batuk,again mkn ubat dan tido on time
Mlm berikutnya,period pain,mkn ubat tido on time.

Mcmana tu study week tak study sgt,exam week kurang sihat? Allah saje yg tahu perasaanya:(


Usaha termampu tawakal.

Pasrah.

Clinical exam: Exam yg paling nk tercabut jantung.
Minggu 4

Exam abes. Minggu ni baru ade rase lega sket. Pegi la beraya rumah lecturer dan kwn sekitar Selangor. Even exam abes,need to stay up until preclinical projects siap.Sape siap awal,boleh balik awal la.
Jadual lab, Isnin,Selasa,Jumaat,utk siapkan projek. Rabu Khamis ? Free. Argh tapi rase syg gap jauh ke Jumaat.
Time tu rase aim nk siapkan projects before Rabu.
Hari Selasa,tup tap.xdpt siapkan. Ok xplah,nk try jgk siapkan rabu khamis even xde lab. Gigih ke fakulti cari ruang dan peluang siapkan b4 Jumaat.
Rabu-berjaya siapkan 1 projek,tggal 1.Tapi ttba tak jmpa Logbook clinic.Allah,bercelaru fikiran.
Bila Allah tak izinkan kan,kau buat la apa pun,msti tak boleh. Hari Khamis struggle siapkan kt kolej dari pkul 6.30am smpi tghri..tak siap2? padahal 1 je projeknya dan keep on repeating do the same thing sbb tak jadi2. End up kena tggu jgk Jumaat sbb kena  jmpe Dr T.T
Bila Jumaat tu,ttba pulak,  Satu plastic projek yg nk submit tak jmpa.Resah.Abes semua org ditanya,tapi xde.
Ptg jumaat nk balik kpg dah. Gigih ke fakulti awal pagi sbb nk cari projek yg misplace tu.
Alhamdulillah jumpee.Rupanya sbb kecuaian sendiri.Astagfirullah :(



Radiograph stage Obturation dlm rawatan akar gigi geraham :)
*Salah satu stage projek yg kena careful

Minggu 5

Ni minggu yg kita berada skrng:)

Rancangnya, nk pergilah bercuti,nk release tension2 dari minggu2 yg lepas.
Rancang ngn sorg kawan ni,bercuti berdua je ngn dia.
Semua tiket dah book dah beli dah plan.Dan di saat ini. TERPAKSA CANCEL.
Ya. Esok tiketnya terpaksa burnt. Atas sbb kwn ni,ada hal penting lusa.
Pada mulanya,mcm2 idea cuba cari utk elak kwn ni ke hal penting lusa,dan nk jugak pergi bercuti.

"Kita merancang,tapi perancangan Allah lebih baik dan Allah Maha Tahu"

Tak dpt elak.

Percutian yg dirancang bagi merelease stress,menjadi tambahan sesakan dada T.T

Di saat ini,Allah je tahu perasaan. Cuba dan mencuba berlapang dada :(
Mlm ni juga baru bgtau kat mak,cancel nk pegi esok. Nak boleh dpt izin mak pergi bercuti bukanlah terlalu senang,dan perasaan nk bgtau mak tak jadi, tak senang duduk ! Alhamdulillah,mujur fed back mak ok T.T

Apa yg dpt saya simpulkan adalah, sepanjang diuji bertubi-tubi,saya tak nafikan,ade juga nikmat yg Allah dtgkan.Walaupun sekecil2 nikmat. Yup. Mungkin saat ni,baru hargai sekecil2 nikmat.

Antara nya,ada dlm satu hari tu,boleh siapkan projek yg mana stage tu,org lain mkn masa nk buat,saya amek masa sehari je.Alhamdulillah.
Selain tu,dpt khabar satu batch lulus GMGS,subjek paling penting this year ! Alhamdulillah !
Subjek lain? Wallahuallam tak kluar result lagi.
Dalam resah hati,terbaca pulak kata2 yg jentikkan smgt bila scroll2 fbook,ig
Sekecil2 nikmat adalah mampu makan lagi,mampu bercakap lagi,mampu tersenyum lagi depan org. Alhamdulillah.



And yes,bila kita sedih,frust,advice yg selaluu kita dgr,back to Allah. But when you are in the situation,sometimes,rase hmpirrr give up. Dan masih cuba dan cuba move on. In sya Allah,I'm ok now. But, if one day,one of you,noticed anyone from us closed to give up,remind each other,ok? :')
I'm sorry if I'm not helping you while u're in trouble :(


Jika lihat dunia luar,besar lagi dugaan mereka,tapi tetap tersenyum :')

*Maaf zahir batin jika penulisan saya ini mengjengkelkan. Saya sekadar share.
 *Certain2 thing tak di cerita terlalu detail atas sbb tertentu.

Thanks for reading !

Semoga sama-sama trus Qawiyy !

T_irah

Wednesday, 15 June 2016

End of 3rd Year FPSK

Assalamualaikum w.b.t.

Ramadhan kareem! 10 Ramadhan 1437H

Eh tetiba je dah habis tahun 3???  Subhanallah pantas sungguh masa berlalu. Rasa baru je update pasal 2nd year hari tu hehe.  Alhamdulilah, I’ve officially ended my 3rd Year study which means I’m done with preclinical years wohoo ! Cuak jugak nak masuk clinical ni sebenarnya. Senior-senior pesan, jangan lupa segala ilmu masa preclinical. Kita akan guna semua tu. Yalah, sepanjang belajar medik ni memang takleh lupa langsung ilmu basic tu. Even dah kerja nanti pun akan guna jugak ilmu tu. InsyaALLAH, doakan kami agar menjadi  “Doctors for ummah”.

So entry kali ni, aku nak bercerita life aku sepanjang tahun 3 ni. Untuk simpanan aku je lah hihi. Masa awal-awal start sem dulu, seriously aku risau dengan pelajaran aku. 5 subjek major kot! Pathology, Microbiology, Community Health, Pharmacology & Parasitology. Credit hour paling banyak 8 jam, paling sikit 4 jam.  Oh ya, masa tahun 3 ni, kitorang kena amik exam 2nd Professional Exam. Exam ni merangkumi semua topik sem 1 dan sem 2. Boleh bayang tak betapa tough nya belajar medik ni huhu. Kalau tak lepas exam ni, tak boleh proceed clinical years. Haaa tu pasal la cuak tak cuak kau.


Dr Fadlul - one of our Parasitology lecturers. He's very humble and cool. You'll like him.

Kalau kat FPSK ni, memang lazimnya setiap tahun fakulti kitorang akan hantar 2 orang pelajar tahun 3 untuk jadi wakil Majlis Perwakilan Pelajar USIM (MPP). Dan memang orang yang terpilih ni terpaksa jadi lah sebenarnya sebab orang lain pun dah ada jawatan masing-masing kat kampus ni. Dipendekkan cerita, aku tercalon untuk jadi MPP wakil fakulti aku huhu.  Kitorang vote sesame kitorang je satu batch. Sorang laki sorang perempuan. Afdalnya orang yang ada kenderaan lah sebab senang nak gi Nilai (fyi, once dah jadi MPP ni, Nilai ni dah jadi rumah kedua aku). Yalah mana taknya, setiap minggu ada meeting n event kat Nilai. Nasib baiklah MPP kampus Pandan ni semuanya jenis bertanggungjawab. Diorang sentiasa ‘on’ kalau ada perkara adhoc. 

Menang tanpa bertanding kahkah. Dah takde pesaing nak buat camana.

Alhamdulillah. Memang aku tak nafikan pada awalnya aku tak boleh nak manage masa aku untuk study dan jugak tugas MPP. Kadang-kadang tu balik meeting pukul 1 pagi, pukul 2 pagi. Nak drive 40 minit dari Nilai ke Ampang. Fuh memang mencabar betul. Esoknya kelas pukul 8 pagi memang tak sempatlah aku nak study sebelum kelas mula. Dan lama-lama, aku dah boleh susun masa aku. Aku kena pandai prioritize kan hal penting dulu. Kadang-kadang tu aku dah set dalam jadual belajar yang aku akan study subjek sekian malam ni. Tetiba dapat kerja MPP yang kena settle esoknya. Hmmm banyak kali jugak perkara ni berlaku. So aku just follow the flow lah. Semenjak jadi MPP ni, aku tak nafikan soft skills aku dah bertambah baik. MPP ni selalu berjumpa dengan orang-orang korporat. Jadi protokol memang amat dititikberatkan. Gerak geri kita pun kena jaga standard. Sebabnya, kita membawa nama universiti. Universiti yang ada islam pada namanya. So kenalah tunjuk contoh yang baik kepada orang lain kan? Dakwah bil-hal. Okay cukuplah kot pasal MPP. Aku pun dah bosan hekhek.

Inilah ahli MPP yang lain. Diorang memang sporting. Thumbs up!


Berbalik kepada topik pelajaran aku. Aku sebenarnya enjoy sangat belajar tahun 3 ni. Tak tau kenapa. Tak stress macam dulu. Lecturers pun sporting. Senior-senior pun cakap benda yang sama. “Nanti korang akan rindu 3rd year. Rindu nak belajar dengan Prof-Prof yang super baik dan caring!” Well no doubt about that because that’s the truth. Really. Actually masa tahun 3 ni, setiap minggu mesti ada test. Test ni takde carrymarks pun tapi kitorang memang take it seriously (perempuan je kot haha). Dan setiap kali ada test mesti stress. Sebab minggu tu bukan satu test tu je yang ada, kadang-kadang boleh ada 3 tutorial dan test dalam seminggu tu. Bila habis je minggu tu, semua orang jadi manusia balik. Bergelak ketawa, bergurau senda, keluar jenjalan. Alhamdulillah we survived. 

Subjek Basic Clinical Skills best! Ni kitorang belajar teknik ambik darah :)


Setelah menghadapi hari-hari yang penuh dengan test dan tutorial, tup tup dah study week! OMG! Is this for real??? Aku macam orang tak betul sepanjang study week ni. Bangun pagi ngadap buku. Tengahari lepas solat ngadap lagi sampai asar. Malam lepas isyak ngadap lagi. What kind of life is this??! Dan yang herannya, aku belek punya belek nota tu, tak pernah habis. *cried microscopically inside* Semua orang  terperuk je dalam bilik. Keluar bilik untuk makan ngan solat je. Lepas tu serap dalam dunia masing-masing.

Finally exam! Setiap subjek at least ada dua papers la. Paper 1 MCQ paper 2 essay. Paper 3 tak semua subjek ada. Paper 3 is OSPE – lab practical questions. Overall aku boleh jawab la Alhamdulillah. Tapi paper Community Heatlh la yang aku tak boleh lupa. Boleh pulak aku tak terbaca satu lecture tu. Dan lecture tu la yang masuk essay! MasyaAllah. Satu soalan penuh pulak tu. 25 markah satu soalan. Mula-mula aku ingat aku blank ke apa kan sebab tak ingat langsung. Rupanya aku memang tak baca part tu. Aku pun tulis je lah pape asalkan jangan hantar kosong. In the end aku dapat B hikhik.

Waktu hari result diumumkan, macam biasa dekan sebut nama orang yang PASS sahaja. Alhamdulillah nama aku disebut :’) Yang paling kitorang bersorak sekali ialah sorang kawan kitorang ni. Dia sebenarnya tua setahun dari kitorang. Dia kena repeat tahun 3 sebab tak lepas exam hari tu. So dia join batch kitorang. Nama dia lassttt sekali kena sebut. Semua orang tepuk tangan kuat-kuat. Memang havoc la dalam lecture hall tu haha!

Okaylah sampai situ je kot entry kali ni. Banyak lagi yang aku nak share tapi takpelah. Biar aku ingat sorang je benda lain tu hehe. See you in the next entry insyaALLAH.

Malam Perdana Siswa. nama kemain padahal Annual Dinner 

Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) kat Muar.
Best la sebab kitorang buat medical check-up rumah ke rumah

Kem PPD. Wajib join sebelum masuk klinikal. 


Ni waktu Road Tour MPP ke UTHM Troll

Ni pulak MPP CUCMS datang USIM. Aku excited kot sebab CUCMS kan medical college hehe.

Dewan Syura Siswa. macam persidangan parlimen lah senang citer.

Kem Team Building MPP. aku enjoy la jugak sebab tak pernah pergi kem kepimpinan kan haha.

with Dr Nadia Effendy - one of our Pharmacology lecturers.
She's got her PhD by the age of 25. Really adore her. Beauty with brain <3
(Dr belanja kitorang Domino's yeay!)

Hari last kat kampus lepas announce result. Terima kasih cikgu!

Kalau dah namanya ALKIS tu, memang selalu je ada program kat sana.
Yang ni program ALKIS Siswa USIM & UBK KISAS anjurkan untuk students form 5 & form 6.
Nak promote USIM gituu. First time sebenarnya aku join program alkis ni. 
Rasa lah semangat 'bumi waqafan' tu.


Mustaid! Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ali Muhammad.

My journey~